Sorotan Terkini


Web ini mengandungi
1787 artikel
   
   Register | Retrieve Password    
 
Info Menarik
  • 1

    Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang-Pengguna domestik, komersial dan industri diberikan diskaun 5% ke 25% untuk bil elektrik bulanan bermula April hingga September 2020. Diskaun yangdiberikan akan memanfaatkan 686,847 pengguna di seluruh Sarawak. Kos purata diskaun bil bulanan adalah sebanyak RM27.8 juta dan kos kumulatif diskaun adalah sebanyak RM166.8 juta. Diskaun ke atas bil elektrik secara one-off ini akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak.

  • 2

    Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang-Pengguna domestik, komersial dan industri diberikan diskaun 10% ke 25% ke atas bil air bulanan bermula April hingga September 2020. Diskaun secara one-off ini akan memanfaatkan 568,247 pengguna di seluruh negeri. Kos purata diskaun bil bulanan adalah sebanyak RM4.2 juta dan kos kumulatif diskaun adalah sebanyak RM25.26 juta.Diskaun ke atas bil air secara one-off ini akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak.

  • 3

    Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang- Seramai 430,000 rakyat Sarawak dari kategori B40 atau berpendapatan rendah akan menerima bayaran wang tunai bulanan RM250 untuk enam (6) bulan. Bayaran ini melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak berjumlah RM645 juta.

  • 4

    Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang- Diskaun 50% untuk tempoh enam (6) dari April hingga September 2020 akan diberikan kepada kira-kira 10,000 peniaga yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran.

  • 5

    Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang-Pengecualian bayaran permit dan lesen kepada peniaga pasar malam, bazar Ramadan dan Tamu akan memanfaatkan lebih 2 juta pemegang permit dan lesen daripada Majlis Perbandaran di seluruh negeri. Pendekatan ini akan meringankan beban rakyat dengan jumlah yang ditanggung oleh Kerajaan Sarawak sebanyak RM8.24 juta untuk tahun 2020.

  • 6

    Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang- Diskaun sebanyak 25% pada kadar taksiran tahunan melebihi RM400 akan diberikan kepada pemilik kediaman, komersial, perindustrian dan special
    purpose holding untuk tahun 2020. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 185,000 premis dan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak RM74.58 juta pada tahun 2020

  • 7

    Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang- Penangguhan pembayaran pinjaman selama sembilan (9) bulan mulai April 2020 bagi meringankan aliran kewangan dan beban kewangan usahawan PKS.Langkah ini akan memberi manfaat kepada 144 peminjam Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) dan akan meningkatkan aliran tunai PKS berjumlah RM1.3 juta.





user User Online: 2
chart Jumlah Pengunjung : 2,548,324

Sepintas Lalu RAKAN Sarawak

RAKAN Sarawak atau lebih dikenali sebagai (Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak) merupakan penerbitan bercetak atau buletin Kerajaan Negeri Sarawak yang kini dikeluarkan setiap 4 kali setahun sejak tahun 1994 sehingga sekarang.

Penerbitan ini memaparkan perkembangan projek atau program pembangunan kerajaan di seluruh negeri Sarawak serta menyokong perkembangan transformasi perkhidmatan awam secara menyeluruh di negara ini yang melibatkan seluruh agensi, jabatan, kementerian kerajaan negeri dan persekutuan di negeri Sarawak… [+ Selanjutnya]

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA!

Segala perkembangan semasa perkhidmatan awam, pengumuman, peristiwa, aktiviti, program dan acara yang ingin dikongsikan bersama pembaca .

khasKami sedia menyiarkan artikel terpilih daripada anda. Lebih lanjut….