Mengenai Kami

Ringkasan Pengenalan RAKAN Sarawak

RAKAN Sarawak atau lebih dikenali sebagai (Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak) merupakan penerbitan bercetak atau buletin Kerajaan Negeri Sarawak yang kini dikeluarkan setiap 4 kali setahun sejak tahun 1994 sehingga sekarang.

Penerbitan ini memaparkan perkembangan projek atau program pembangunan kerajaan di seluruh negeri Sarawak serta menyokong perkembangan transformasi perkhidmatan awam secara menyeluruh di negara ini yang melibatkan seluruh agensi, jabatan, kementerian kerajaan negeri dan persekutuan di negeri Sarawak.

Melalui evolusi penerbitan bercetaknya yang melalui beberapa pembaharuan dari segi saiz, bilangan mukasurat, fokus subjek yang diketengahkan, RAKAN Sarawak terus memperkukuhkannya medium online serta media sosialnya sebagai menghargai kesetiaan pembaca.

Pastinya, medium online ini akan memberikan pengalaman baharu kepada pembaca online seterusnya berkongsi berita, aktiviti dan perkembangan semasa sekitar perkhidmatan awam dengan lebih terkini, pantas dan diyakini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

   
   Register | Retrieve Password