oleh George Langat Ngau
Pusat Sumber
Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam menjana kecemerlangan sesebuah
sekolah yang berupaya menjadi pusat ilmu
Faktor perubahan
teknologi masa kini bukan sahaja sedikit sebanyak dapat merubah kualiti PSS ke
arah yang lebih cekap dan sistematik, namun sistem pengurusan dan penggunaannya
secara maksimum dan berkualiti akan dapat menentukan kecemerlangannya.
PSS telah adalah
satu komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutamanya
dalam pelaksanaan kurikulum KBSR dan KBSM.
Hakikat ini
dinyatakan dengan jelas dalam penerbitan Kementerian Pendidikan Malaysia pada
tahun 1990 berjudul ‘Sukatan Pelajaran Pengurusan Pusat Sumber Sekolah’ yang
memberikan penekanan kepada pentingnya pengwujudan Pusat Sumber di
peringkat sekolah, kawasan, daerah dan negeri.
Antara objektif
Pusat Sumber Sekolah adalah:
- Membantu sekolah membuat penilaian kendiri mengenai
status pengurusan dan penggunaan PSS berdasarkan kriteria-kriteria yang
ditetapkan. - Membantu sekolah meningkatkan prestasi pengurusan
sumber pendidikan, perkhidmatan sumber dan penggunaan sumber pendidikan. - Mengumpulkan maklumat tentang kekuatan dan kelemahan
aspek-aspek pengurusan dan penggunaan PSS untuk membantu meningkatkan
P&P melalui proses perancangan perkhidmatan pendidikan di sekolah. - Mewujudkan piawaian untuk keseragaman pentadbiran.
Menubuhkan PSS
mungkin tidak sukar namun untuk memastikan piawaian PSS yang telah ditetapkan
dipatuhi bukan pula perkara yang mudah. Piawaian PSS bertujuan untuk
meningkatkan prestasi akademik sekolah menerusi penggunaan PSS.
Piawaian ini akan
meneliti tiga bidang dalam pengendalian PSS iaitu Pengurusan, Kemudahan dan
Perkhidmatan (Penggunaan).
Setiap pecahan,
kriteria tersebut diberi satu markah. Pencapaian setiap bahagian dan
keseluruhan akan digred berdasarkan markah yang diperolehi. Skil gred adalah
seperti berikut:
Gred A |
Gred B |
Gred C |
Gred D |
|
Penilaian |
Julat Markah |
Julat Markah | Julat Markah | Julat Markah |
Pengurusan (60 markah) |
46 – 60 |
31 – 45 |
16 – 30 |
1 – 15 |
Kemudahan (40 markah) |
31 – 40 |
21 – 30 |
11 – 30 |
1 – 10 |
Penggunaan (50 markah) |
38 – 50 |
26 – 37 |
13 – 25 |
1 – 12 |
Jumlah (150 markah) |
113 – 150 |
76 – 112 |
38 – 75 |
1 – 37 |
Sumber : Bahagian
Teknologi Pendidikan,Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
Antara aspek pengurusan yang dinilai
adalah:
- Penubuhan Jawatankuasa Induk dan
Jawatankuasa Kerja (semasa, kemaskini, carta dipamer dan berfungsi). - Mengadakan perbincangan / mesyuarat.
- Pelan Tindakan / 4PQ disediakan.
- Inovasi (pelbagai, kreativiti PSS).
- Kawalan (peraturan, jadual, sistem
pengrekodan). - Pengendalian bahan (proses teknik,
susunan bahan, kerja baikpulih). - Promosi budaya PSS (risalah PSS /
aktiviti,pelan, pengumuman). - Penilaian dan penyediaan Laporan
Tahunan.
Aspek Kemudahan yang dinilai pula
adalah:
- Fizikal (berpusat, terpisah,
bergerak). - Perabot (mencukupi, sesuai,
tersusun). - Koleksi bahan (pelbagai seperti
bahan bercetak dan bahan elektronik). - Akses (mudah dikunjung dan mesra
pengguna). - Keceriaan.
Aspek Penggunaan yang dinilai
adalah:
- Masa buka (ditetapkan, ada jadual).
- Galakkan penggunaan bahan dan ruang.
- Pelbagai aktiviti dijalankan (kursus
dalaman, penghasilan bahan, pertandingan, rumusanbuku, papan buletin). - Memupuk amalan kemahiran maklumat
(kemahiran perpustakaan, kemahiran membaca, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
komputer, kemahiran mencatat nota, membuat rujukan).
Ciri-ciri PSS yang cemerlang adalah:
- Pengurusan yang berwawasan
pendidikan. - Sistem pengurusan dan pengrekodan
yang piawai, kemaskini dan lengkap. - Struktur organisasi yang berfungsi.
- Kemudahan selesa, menarik dan
mesra-guna. - Penggunaan kemudahan secara kreatif,
maksimum dan merentasi kurikulum. - Pelbagai aktiviti (kurikulum dan
ko-kurikulum) yang bersepadu dengan P&P dijalankan sepanjang tahun. - Wujud program bimbingan dan promosi
penggunaan. - Ada sistem penilaian peranan yang
berkesan. - Koleksi sumber sesuai, mencukupi,
terkini dan menarik. - Pelanggan memahami peranan Pusat
Sumber. - Pelanggan tahu pengurus / staf Pusat
Sumber.
Dengan adanya ciri-ciri PSS
yang cemerlang ini maka keupayaan sekolah akan dapat digerakkan secara maksimum
demi menjanakan lagi kecemerlangan sekolah secara keseluruhannya. Inilah
peranan yang perlu dimainkan oleh pihak pengurusan sekolah demi meningkatkan
penggunaan dan pengurusan PSS.
Artikel sumbangan George Langat Ngau