Terhadap Keselamatan Perairan
Mungkin ramai yang bersetuju dan mengakui keamanan dinikmati kita semua hari ini, adalah berkat penat lelah anggota keselamatan negara termasuklah agensi penguatkuasaan seperti tentera, polis, imigresen, kastam dan sebagainya.
Keadaan itu di daratan dan bagaimana pula dengan keselamatan perairan negara, tidak ramai mengetahui mengenai kewujudan Agensi Penguatkuasaan Maritime Malaysia atau lebih dikenali sebagai Maritime Malaysia.
Hakikatnya, walaupun sudah tiga (3) tahun kewujudannya, masih ramai tidak mengetahui mengenainya.
Tapi apa yang pastinya, kehadiran agensi ini adalah bagi memastikan keselamatan perairan negara terjamin dan dalam masa yang sama menguatkuasakan kesemua peraturan berkaitan perairan.
Bak kata orang ‘tak kenal maka tak cinta” , Maritime Malaysia melalui program “Jiwa Murni” nya, salah satu pendekatan mesranya diambil sebagai usaha mendekati masyarakat khasnya yang tinggal di persisir.
Tumpuannya, selain memperkenalkan Maritime Malaysia kepada umum, ia juga mengajak penglibatan menyeluruh masyarakat sebagai “mata dan telinga” dalam menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan perairan.
Paling terkini, program Jiwa Murni anjuran tersebut telah diadakan di Kampung Belawai dan kampung di sekitar Tanjung Manis pada 3 dan 4 Februari 2009.
Menurut Laksamana Pertama Maritim Muhammad Abdul Basar Bin Taji baru-baru ketika temu bual bersama RAKAN Sarawak berkata sebanyak kira-kira 30 tenaga warga maritim wilayah Sarawak terlibat dalam program tersebut bersama penduduk di kawasan berkenaan.
Program tersebut turut dihadiri Komander Maritim Roslan bin Othman (Pengarah Operasi DM 11 Kuching)
Beliau menyifatkan program sedemikian sedemikian mampu menyalurkan maklumat dua hala, memberikan maklum balas terus kepada agensi berkenaan memandangkan kebanyakan kegiatan ekonomi utama penduduk di persisir tersebut adalah golongan nelayan.
Jelasnya lagi, mereka kerap turun ke laut dan mengetahui apa yang berlaku di perairan tersebut dan kita berharap segala kepentingan nelayan yang menggunakan perairan tersebut dapat dijaga.
Hanya dengan laporan , aduan dan maklumat sedemikian, segala aktiviti pemeriksaan malah pemantauan kita dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program adalah pameran kerjaya Maritim Malaysia, gotong royong di masjid Darul Arqam Kg Belawai, bacaan Yassin dan Tahlil, Senamrobik, di samping perlawanan bola sepak dan tarik tali persahabatan antara penduduk kampung.
Menariknya, selain pegawai Maritime Malaysia mengadakan lawatan ke rumah nelayan, penduduk kampung berkenaan turut dibawa menyaksikan bagaimana sesebuah operasi pengendalian kapal KM Cekal dilakukan.
Untuk rekod, (Daerah Maritim) DM11 (Kuching) mula mengadakan Program Jiwa Murni sejak tahun 2007 dengan tumpuan beberapa lokasi dan kawasan persisir antaranya Kampung Bako, Telaga Air, Sematan, Kampung Jemukan dan Kampung Kuala Nyalau.
Talian 24 Jam (Wilayah Sarawak)
Tel : 082-392401
Untuk Sebarang laporan insiden jenayah atau kemalangan di Perairan Malaysia