dan Mutu Perkhidmatan Awam
Bagi memastikan keseimbangan pembangunan, penjawat awam yang diamanahkan haruslah berupaya memainkan peranan penting serta berupaya bertindak balas terhadap perubahan semasa.
Demikian menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Wilson Baya Dandot ketika mengadakan sidang media Perjumpaan Khas Bersama beliau bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching.
Kumpulan penjawat awam, menurut beliau juga haruslah bersikap inovatif serta bermaklumat. Katanya lagi, kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan lagi imej perkhidmatan awam dengan beberapa pendekatan baru antaranya menaiktaraf mutu perkhidmatan kaunter disamping memperkenalkan slogan baru.
Pada sidang media tersebut juga, beliau turut memperkenalkan residen baru dan berharap mereka berupaya merealisasikan pembangunan di kawasan yang telah ditetapkan. Jelasnya, adalah menjadi harapan kerajaan negeri bahawa sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di kawasan berkenaan dapat dipertingkatkan.
Tujuh (7) Residen baru tersebut ialah Residen Kuching (Encik Liew Jin Ming), Residen Samarahan (Puan Rodziah Morshidi), Residen Sibu (Encik Sim Kok Kee), Residen Bintulu (Tuan Haji Ismail Haji Mohd Hanis), Residen Miri (Dr Ngenang Ak Janggu), Residen Mukah (Tuan Haji Saudi Narani) dan Residen Kapit (Encik Dahim Nadot).
Manakala empat (4) lagi residen masih berkhidmat di bahagian yang sama iaitu Residen Limbang (Encik Maria Hasman), Residen Sarikei (Encik Michael Dawi), Residen Betong (Encik Romie Sigan Daniel) dan Residen Sri Aman (Encik Abang Shamshuddin Abang Seruji).