Bagi tahun 2010, ekonomi negara dijangka berkembang kepada 2 hingga 3 peratus. Semua sektor ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan positif, iaitu sektor perlombongan 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus dan pembinaan 3.2 peratus.
Sektor perkhidmatan kekal menjadi penggerak utama, berkembang 3.6 peratus. Pertumbuhan ekonomi ini jugs didorong oleh penggunaan swasta 2.9 peratus dan pelaburan swasta yang kembali pulih 3.4 peratus.
Di samping itu, peningkatan semula eksport sebanyak 3.5 peratus, dianggar turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kadar inflasi kekal rendah antara 1.5 hingga 2.5 peratus. Kadar pengangguran rendah di bawah 4 peratus. Pendapatan per kapita rakyat meningkat 2.5 peratus kepada 24,661 ringgit. Manakala, pendapatan dari segi pariti kuasa beli meningkat kepada 13,177 dolar Amerika.