Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sri Aman mula beroperasi pada tahun 2016 dan telah berpindah di pejabat mereka yang baharu pada tahun 2020 berbanding dengan sebelum ini JBALB Sri Aman menumpang di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan hanya ada satu aras sahaja.
Dengan pejabat mereka yang baharu ini, sistem mereka lebih terurus dan pelbagai target untuk penambahbaikan sistem air di Sri Aman mampu dicapai termasuk urusan khidmat pelanggan.
JBALB Sri Aman memfokuskan pengoperasian air di mana secara geografiknya, Sri Aman ini terletak di pertengahan antara gunung (Banjaran Tama Abu), empangan batang ai, dan muara sungai Sarawak di mana kendalian pengoperasian air di setiap kawasan memiliki fokus yang berbeza.
Menurut Encik Adzahari bin Baini merupakan Jurutera Air Bahagian JBALB Di bahagian Sri Aman berkata, JBALB Sri Aman mempunyai 10 buah loji untuk rawatan air di bahagian Sri Aman.
Tambahan pula, JBALB Sri Aman mempunyai lima (5) projek yang memberikan impak besar kepada produksi dan liputan air di bahagian Sri Aman dan telah siap sepenuhnya dan boleh beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021 di mana keseluruhan projek ini di bawah kerajaan negeri anggaran berjumlah RM35.45 juta termasuk loji rawatan Air Bayai.
Loji rawatan air Bayai yang merupakan loji utama untuk bandar Sri Aman berada 15 minit daripada bandar Sri Aman di mana Loji rawatan air bayai ini berkapasiti 53.3 mld (million liter perday) yang merupakan yang paling besar di Sri Aman.
Loji rawatan Air Bayai mampu menampung 71% menggunakan air terawat untuk bahagian Bandar Sri Aman yang berkapasiti 11 ribu meter sambungan iaitu bersamaan dengan 11 ribu rumah.
Manakala, 29% lagi menggunakan cara alternatif iaitu dari tadahan air hujan, gravity fit dan sistem SAWAS(Sarawak Alternative Water Supply) di mana 29% ini terletak di luar bandar Sri Aman seperti Pantu, Lingga dan Lubok Antu.
Kapasiti Loji Rawatan Air Bayai ini telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut penyelidikan dan kesesuaian pengguna di mana sebelum ini air terawat hanya berkapasiti terhad iaitu 12 mld dan dipertingkatkan kepada 33.3 mld.
Oleh kerana jumlah penduduk yang semakin bertambah di Sri Aman, maka permintaan ekonomi juga semakin meluas di mana kapasiti 33.3 mld itu tidak cukup bagi menampung untuk seluruh daerah bandar Simanggang.
Oleh disebabkan itu, projek rakyat yang telah diluluskan pada tahun 2018 dan mula dijalankan tahun 2019 telah ditambahkan kapasiti air sebanyak 20 mld dan keseluruhannya kini menjadi 53.3 mld.
Penambahan kapasiti air di loji rawatan air Bayai ini bertujuan untuk peningkatan produk akan menstabilkan tekanan air serta liputan air dapat dipertingkatkan.
Manakala kawasan yang menggunakan sistem SAWAS, tiada kapasiti yang ditetapkan dan tidak menggunakan bahan kimia di mana ianya hanya ada aliran sahaja di mana menggunakan penapisan biasa seperti air daripada bukit atau gunung yang mengalir dan di tapis demi tapisan untuk mendapatkan air bersih.
Sistem SAWAS ini diaplikasikan di luar bandar ke kawasan yang tiada akses jalan yang laluannya perlu menggunakan pengangkutan air atau pacuan empat roda yang menempuh lebih daripada dua jam perjalanan mengikut keadaan.
Antara projek SAWAS yang telah siap dan kini digunakan sepenuhnya adalah di Rh. David Ujan, Ng. Sepaya dan Rh Rantai, Lepong Kepayang, Ulu Skrang.
Sistem SAWAS ini adalah relevan untuk diaplikasikan di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan jalan disebabkan penyelenggaraan SAWAS boleh dilakukan oleh JKK Kampung sendiri.
Tambahan pula, alternatif SAWAS ini juga adalah mesra alam kerana sistem SAWAS ini adalah air yang ditapis dan tidak menggunakan bahan kimia serta tiada caj dikenakan kepada pengguna.
Namun, untuk projek SAWAS terdapat 140 permintaan sistem SAWAS di Sri Aman sahaja akan tetapi pemilihan tersebut mengikut kementerian termasuk kos yang mereka mampu peruntukkan pada tahun tersebut dan memilih kawasan yang lebih memerlukan dan kritikal untuk mendapatkan sumber air.
Manakala, berbeza pula pengoperasian air di kawasan Lingga ekoran bentuk geografinya terletak di muara sungai, sumber air di Lingga adalah daripada air tanah paya (air takungan paya) menjadikan sumber air kawasan ini tidak seperti sungai-sungai yang lain.
Cabaran yang dihadapi oleh pihak JBALB Sri Aman untuk mendapatkan sumber air bersih di kawasan Lingga dengan menggunakan bahan kimia yang berbeza dan lebih untuk merawat air daripada air tanah menjadi air bersih.
Grid Air
Selain air terawat dan SAWAS, grid air adalah perancangan pihak JBALB di dalam RMK di mana peranan grid airini adalah untuk memastikan semua daerah di dalam Sri Aman masih mempunyai bekalan air walaupun berhadapan dengan bencana.
Hal ini demikian kerana, pada tahun 2019, Sri Aman berhadapan dengan isu jerebu yang teruk tambah lagi Sri Aman juga merupakan sempadan kepada Kalimantan dan berhadapan dengan cuaca kemarau yang teruk.
IPU Sri Aman pada ketika itu mencecah bacaan 400 menyebabkan dan menerima tadahan hujan yang minimum dan loji yang berjalan untuk menampung air seluruh Sri Aman hanyalah 1 daripada 10 loji iaitu, Loji iaitu Loji Rawatan Air Bayai.
Di mana pada ketika itu, penduduk perlu mencatu air dan penggunaan air adalah terhad serta tindakan pihak JBALB yang proaktif dalam menyebarkan maklumat air telah memberi impak positif bila mana penduduk juga sedar untuk berjimat dalam penggunaan air pada waktu genting.
Grid airsudah bermula dari bandar Sri Aman ke Lingga di mana Loji Rawatan Air Bayai dapat menyambung penggunaannya ke Sudoku, Stumbin, Lingga sehungga ke SMK Melugu serta 2022 ditambah saluran baharu sehingga ke Batu Lintang.
Oleh yang demikian, sekiranya grid airdilaksanakan ia bukan sahaja sekadar di Sri Aman malah dapat dilaksanakan di bahagian lain seperti di Serian atau Betong.
Pencapaian JBALB Sri Aman
Ekoran kecekapan pihak JBALB Sri Aman mengendalikan pengoperasian sumber air, segala projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak semua berjaya disiapkan mengikut masa ditetapkan.
Antara projek tersebut ialah “extension of coverage” di mana sebelum ini JBALB Sri Aman hanya mampu membekalkan 52% (2018) dan meningkat kepada 70% di mana semakin banyak penduduk di Sri Aman menerima bekalan air terawat dengan projek itu.
Impak daripada projek tersebut boleh dilihat dari sudut pengurusan organisasi terdapat pengurangan aduan pelanggan daripada tahun 2016 semenjak JBALB ditubuhkan.
Secara keseluruhannya, di tahun 2017, pihak JBALB menerima dan menangani 682 aduan diikuti 777 aduan pada tahun 2018, 917 aduan pada tahun 2019.
Kemudian di tahun 2020, JBALB menangani 669 aduan, menangani 585 aduan pada tahun 2021 dan 535 aduan ditangani pada tahun 2022.
Secara amnya, untuk keseluruhan JBALB data aduan adalah menurun terutama sekali untuk Sri Aman saban tahun dapat dilihat terutama sekali setelah siapnya projek dan hampir 100% penduduk Sri Aman mendapat bekalan air yang terawat.
Hal ini demikian kerana, kecekapan pihak JBALB sendiri juga memiliki kakitangan yang profesional dan terlatih menangani segala aduan pelanggan dengan menubuhkan command center di mana pihak JBALB memunyai pusat talian yang dilaksanakan 24jam untuk memudahkan pengguna membuat aduan.
Dalam menangani isu aduan pelanggan, staf diberikan komitmen dan diberikan pendedahan bahawasanya dalam kerja utiliti ini memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi di mana isu utiliti merupakan keperluan asas yang wajib ada dan stabil.
Dengan adanya teknologi terkini, aduan bukan sahaja di talian 24jam malah pihak JBALB telah meluaskan rangkaian talian khidmat di setiap platform sosial media bagi memudahkan pelanggan melakukan aduan.
Berbanding dengan sebelum ini, aduan pelanggan adalah terhad dan mengikut masa waktu pejabat dan kini pihak JBALB menerima aduan dengan lebih efisien dan tindakan segera terus diambil yang menyebabkan aduan pelanggan semakin berkurang dan berimpak positif.