- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

5G Test Bed CENTEXS yang Pertama di Malaysia

Must read

Jadikan Sarawak Relevan dengan Evolusi Teknologi Canggih

Tidak seperti teknologi tanpa wayar generasi sebelumnya, 5G menjanjikan lebih daripada sekadar kemudahan pintar. Generasi 5G diuji kaji dalam persekitaran terkawal atau lebih dikenali sebagai 5G Test Bed telah menjadi elemen penting dalam pelancaran 5G secara besar-besaran terutamanya di Sarawak.

Ketersambungan melalui lebar jalur yang tinggi dan kependaman rendah, 5G memberi manfaat kepada pengguna-pengguna kini yang sentiasa beradaptasi dengan perkembangan teknologi canggih.

5G test-bed berfungsi sebagai bukti pendekatan progresif  Kerajaan Sarawak dalam transformasi ekonomi digital dan CENTEXS adalah institusi yang diamanahkan untuk menguji 5G Test Bed yang diaplikasikan di Sarawak.

Perbandingan kelajuan yang diperlukan oleh 1G, 2G, 3G, 4G dan 5G
Usaha pemerkasaan ekonomi hidrogen melalui pelaksanaan Test Bed Green Hydrogen di CENTEXS, Kuching membuktikan Sarawak komited dalam pembangunan tenaga mampan menjelang 2030

Centre of Excellence for Digital Economy Openlab (Openlab) di CENTEXS, Kuching menempatkan tempat ujian 5G pertama di negara ini sebagai saluran untuk mempromosi dan menyelaraskan ujian dan penyelidikan bagi memacu penggunaan awal dan inovasi teknologi 5G di Sarawak

5G Test Bed adalah inisiatif kerajaan melalui CENTEXS, Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) untuk membantu rakyat Sarawak terutamanya industri, memahami cabaran dan keperluan yang tinggi dalam menggunakan teknologi 5G baharu (CENTEXS, n.d).

Test Bed Smart Solar PV di CENTEXS, Kuching adalah salah satu inisiatif terbaik Kerajaan Sarawak dalam mengurangkan jejak karbon di negeri ini

SDEC, CENTEXS, Huawei Technologies, Maxis, Sacofa dan Valsa juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang pastinya memberi peluang untuk meningkatkan keberhasilan dalam uji kaji dan penyelidikan 5G Test Bed di negeri Sarawak.

Pelancaran 5G Test Bed pada 14 Ogos 2020 menyaksikan pemeteraian virtual memorandum persefahaman dokumen perkongsian 5G antara Centexs, SDEC, Huawei Technologies dan Maxis Berhad yang disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg.

Platform ujian 5G mempamerkan teknologi, inovasi, penyelidikan dan pembangunan, latihan, kemahiran semula serta peningkatan kemahiran tenaga kerja, pengkomersialan dan transformasi industri, dengan inisiatif pertamanya adalah untuk menyediakan 5G Smart City Test Bed.

5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima yang mampu menghubungkan sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi. Sumber: Laman Web SEDC

Selain itu, Test Bed berkenaan memberi impak besar dalam memanfaatkan rangkaian perintis yang diperuntukkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui SMA menggunakan rangkaian radio tanpa wayar MAXIS dan 5G Sacofa backhaul structure (Sarawak Digital Economy Corporation Berhad, n.d). Ia merupakan platform inovasi terbuka terutamanya untuk penyelidik universiti, syarikat permulaan dan penyedia penyelesaian untuk meneroka, mencuba dan membangunkan kes penggunaan 5G.

Teknologi 5G memainkan peranan mustahak dalam ketersambungan yang optimum bagi pengendalian mesin pintar, aplikasi realiti tambahan (AR) dan realiti maya (VR) serta banyak lagi kegunaan inovatif lain. Pelaksanaan Test Bed di Sarawak juga boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dalam inovasi keusahawanan selain daripada perniagaaan lokal.

Ciri-ciri 5G

Justeru,  julat frekuensi radio, penggunaan cloud-based computing dan kebergantungan rakyat Sarawak terhadap komputasi terdesentralisasi dengan adanya teknologi 5G mampu menyokong aplikasi dan perkhidmatan baharu di Sarawak agar kekal relevan sejajar misi PCDS 2030 serta pembangunan di peringkat global.

Rujukan

Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS). (n.d). Malaysia’s first 5G testbed goes online in Sarawak. Laman Web CENTEXS. Diperoleh pada 30 Julai, 2023, daripada https://www.centex-sarawak.my/malaysias-first-5g-testbed-goes-online-in-sarawak/.

Petinggi, G. (2014, Ogos 14). Malaysia’s first 5G testbed goes online in Sarawak. The Borneo Post. Diperoleh pada 30 Julai, 2023, daripada https://www.theborneopost.com/2020/08/14/malaysias-first-5g-testbed-goes-online-in-sarawak/.

Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC). (n.d.). 5G Technology Testbed. Laman Web Sarawak Digital Economy Corporation. Diperoleh pada 30 Julai, 2023, daripada https://sdec.com.my/web/digital-economy-testbed-5g-technology/#:~:text=5G%20at%20SDEC%20Openlab,into%20the%20development%20of%205G.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article