INSKEN di Sarawak Beri Kesan Positif Jana Peningkatan Hasil
Walaupun INSKEN masih baharu di Sarawak, namun langkah membuka cawangan INSKEN di Sarawak tahun lalu (2023), menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus bin Azharuddin ternyata menghasilkan impak positif apabila lebih ramai usahawan di negeri ini mengambil peluang serta inisiatif untuk mendapatkan bantuan dari segi latihan serta bimbingan.
Menurut beliau, setiap RM1 dibelanjakan untuk melaksanakan program bimbingan di Bumi Kenyalang ini, memberi pulangan sebanyak RM2.90 kepada ekonomi negara yang sekali gus turut meningkatkan kemajuan pembangunan ekosistem keusahawanan di Sarawak.
INSKEN, menurutnya akan terus kekal proaktif membantu usahawan di Sarawak dan meningkatkan bantuan kepada mereka yang berada di kawasan pedalaman termasuklah dengan cara berkolaborasi bersama pelbagai agensi di sini.
Baca lanjut di Program Bimbingan INSKEN di Sarawak Jana Peningkatan Hasil Jualan