- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Inkubator IKM Dalam Melahirkan

Must read

Bakal-Bakal Usahawan Berjaya

Perkembangan semasa turut menyaksikan pelbagai institusi latihan teknikal mula mengorak langkah bagi melahirkan lebih ramai golongan berkemahiran tinggi sejajar dengan hasrat negara mencapai status maju menjelang 2020.

Hakikatnya, yang perlu diterima mungkin agak sukar bagi sesetengah golongan yang baru mahupun lepasan pelatih (teknikal) untuk mula menceburkan diri dalam dunia bidang perniagaan ataupun dunia keusahawanan sebaik tamat pengajian.

Namun, institusi pendidikan teknikal antaranya, seperti Institusi Kemahiran MARA cuba mengalas tugas dan peranannya bukan sahaja melahirkan lebih ramai golongan yang mahir dalam bidang tersebut tetapi memberi khidmat lanjutan dengan membimbing golongan itu menjadi usahawan yang berjaya seiring dengan sentiasa motto IKM itu sendiri “Keusahawan Kerjaya Pilihan”

Mungkin apa yang dititikberatkan adalah kesungguhan serta minat yang mendalam bekas pelatih untuk meneruskan minat ke peringkat yang lebih tinggi.

Ini dijelaskan Encik Abdul Aziz Bin Hassan, (Khidmat Pengurusan & Hal –Ehwal Pelatih) sewaktu ditemui RAKAN Sarawak baru-baru ini.

Jelasnya lagi, bagi bekas pelatih yang ingin menceburkan dalam dunia keusahawan, kita ada menyediakan program inkubator khusus bagi mereka.

Harapan kita, agar kejayaan mereka nanti dapat dijadikan contoh kepada bekas pelatih lain.

Lebih daripada itu, kita juga membantu dari segi kewangan bagi yang baru memulakan perniagaan.

“Kita menyedari bahawa, bagi yang ingin memulakan perniagaan pada mulanya tentu berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pinjaman sebagai memulakan perniagaan”, katanya.

“Pihak kita akan membantu memberikan pinjaman RM1,000 bagi setiap syarikat, yang ditubuhkan, di mana bekas-bekas pelatih boleh dibayar kemudian tanpa sebarang faedah”tambah beliau lagi.

Namun, dengan kapasiti serta kemampuan kita, kita berharap dapat membantu golongan ini agar berupaya memulakan perniagaan mereka.

Sepanjang tempoh tersebut, jelasnya, melalui program inkubator, bekas pelatih dibenarkan mengunakan kemudahan bengkel, untuk menjalankan perniagaan dan menggunakan kemudahan pejabat.

Jelasnya lagi, pihaknya juga membimbing mereka bagaimana untuk menyediakan kertas kerja sesuatu projek.

Selain daripada itu, jelasnya pihak IKM dan Pejabat MARA Bahagian dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan ada menganjurkan program usahawan teknikal yang mengambil masa selama dua hingga tiga minggu

Sambil menegaskan bahawa penguasaan aspek pengurusan yang boleh diikuti daripada kursus yang dianjurkan pihak MARA juga amat penting supaya mereka dapat mengurus perniagaan secara berkesan dan sistematik.

Selepas enam (6) bulan atau setahun setelah mereka boleh “bergerak sendiri” , pihak IKM akan cuba membantu mereka mendapatkan premis di luar.

“Untuk itu, kita akan berhubung dengan ibu pejabat, MARA dan mengenalpasti kemudahan premis atau kilang di bawah MARA yang boleh disewa oleh mereka.”

Sungguhpun begitu, mengenai aspek promosi pula, pihaknya menggalakkan ia dijalankan di luar.

Walaupun bekas pelatih telah berjaya, khidmat mereka jelasnya, tidak terhenti setakat itu, kerana pihak IKM akan tetap membantu “anak didik MARA” sekiranya diperlukan.

Apa yang diharapkan olehnya, hubungan pelajar dan tenaga pengajar tidak terputus, walaupun setelah mereka tamat belajar dua (2) tahun atau pun setelah mereka bekerja. Guru-guru akan dijadikan mentor, pakar rujukan sekiranya mereka berhadapan dengan masalah ketika bekerja.

Bagi memastikan wujudnya kesinambungan tersebut, pihaknya ada mengadakan program alumni agar bekas-bekas pelatih mendapat manfaat segala kemudahan yang disediakan oleh IKM.

Jelasnya lagi, pihaknya juga sedang merancang untuk mewujudkan koperasi untuk alumni, selain koperasi yang sedia ada bagi manfaat bekas-bekas pelatih selain berkongsi pengalaman dan kemahiran.

Tambah beliau, koperasi alumni tersebut turut bertindak platform yang berminat dalam bidang perniagaan.

Ketika ditanya RAKAN Sarawak, bagaimanakah sambutan program inkubator setakat ini, jelas Abdul Aziz, IKM telah melahirkan 12 orang pelatih dalam program tersebut , daripada jumlah tersebut terdapat 4 syarikat syarikat perkongsian telah diwujudkan.

Empat (4) syarikat perkongsian tersebut memberikan pengkhususan dalam bidang elektrik, kimpalan, penyelenggaraan dan automotif.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut masih baru yang dilaksanakan pada tahun lepas (2008) pihaknya masih mengalu-alukan bekas-bekas pelatih menyertai program tersebut.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article