- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Taska PANS (Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak)

Must read

yang pertama akan dibina di Petra Jaya


Sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS)yang pertama seumpamanya dibina di segi tiga antara pusat pentadbiran negeri iaitu di Wisma Bapa Malaysia, Menara Pelita dan BaitulMakmur.


Perkara ini dijelaskan Menteri Muda Pembangunan Wanita, YB Datin Fatimah Abdullah dalam sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia semalamnya.


Beliau yakin dan percaya penubuhan Taska PANS adalah seiring dengan dasar kerajaan yang mengalakkan penubuhan Taska yang bukan sahaja  memudahkan kakitangan dalam urusan menjaga, malah produktiviti boleh ditingkatkan kerana mereka (penjawat awam) tidak perlu membuang masa  untuk  menghantar dan mengambil anak-anak dari Taska luar.


Walaubagaimanapun, jelasnya lokasi sebenar yang menempatkan Taska yang dikenali sebagai Taska PANS belum ditentukan dan pengesahan tapak hanya dibuat selepas diluluskan kabinet.


Tambah beliau lagi, sebaik sahaja, kabinet meluluskan tapak, kerja-kerja pembinaan atau pengubahsuaian akan  dimulakan.


Mengulas lebih lanjut mengenai Taska PANS, beliau berkata ia adalah projek perintis dan sekiranya berjaya akan  diperluaskan ke kawasan lain di negeri ini.


Malah, katanya berdasarkan kajian yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (MPSU) tahun lepas, telah mendapati  hampir kesemua responden (penjawat awam) inginkan sebuah taska diwujudkan di tempat kerja.


Terdahulu, sebelum mengadakan sidang media, beliau yang juga pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) telah mempengerusikan  mesyuarat cadangan penubuhan Taska PANS di segi tiga pusat pentadbiran negeri


Dalam perkara berkaitan, dalam mesyuarat tersebut turut membincangkan pembinaan Taska Permata Yayasan Sarawak milik penuh Yayasan Sarawak yang akan ditempatkan di tingkat bawah Kompleks Yayasan Sarawak di Jalan Sultan Tengah


Jelasnya lagi, kedua-dua Taska tersebut (Taska PANS dan Taska Permata Yayasan Sarawak)mempunyai matlamat yang sama sebagai menyediakan tempat mengasuh dan membimbing untuk anak-anak kakitangan (penjawat awam) yang berusia setahun hingga  4 tahun.


Mengenai Taska Permata Yayasan Sarawak (TPYS) yang mampu menampung 38 kanak-kanak dalam satu-satu masa, beliau berkata keutamaan diberi kepada anak-anak penjawat awam dari agensi tersebut, selebihnya kepada anak-anak penduduk yang tinggal berhampiran Kompleks Yayasan Sarawak.


 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article