Sempena Sambutan Pesta Kuching 2011
Bagi meraikan dan memeriahkan lagi Pesta Kuching 2011 pada tahun ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengadakan Pesta Mini Regatta BandarayaKu 2011 pada hari Sabtu, 23 Julai 2011, bermula jam 8.00 pagi, bertempat di Esplanade Kuching, Jalan Gambier, Kuching.
Tujuan pesta ini diadakan adalah bagi memupuk golongan generasi muda yang cergas dan cerdas dari segi fizikal mahupun mental selain dapat menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar Negara ke Bandaraya Kuching.
Aktiviti utama yang akan diadakan pada hari tersebut adalah Pertandingan Lumba Perahu yang terdiri daripada dua kategori iaitu:
BIL. |
KATEGORI |
YURAN PENYERTAAN |
1. |
Lumba Perahu Bidar (15 orang) |
RM100 |
2. |
Lumba Perahu Bidar (20 orang) |
RM150 |
Perlumbaan ini akan bermula dari Tanjung Patinggan sehingga Esplanade Kuching.
Tarikh tutup penyertaan dan Hari Cabutan Undi bagi Pertandingan Lumba Perahu pada hari Khamis, 21 Julai 2011, jam 2.00 petang, bertempat di Arena DBKU (Bawah Jambatan DBKU), Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol, Jalan Samariang, 93050 Kuching.
Untuk keterangan lanjut mengenai Pertandingan ini, sila hubungi Encik Hamdan Lent di talian 013-81377979, Encik Ibrahim Endor di talian 014-3917754, dan Encik Wan Roslan di talian 019-8789717.
Selain daripada itu, terdapat juga aktiviti menarik seperti Pertandingan RC Power Boat, Pertandingan Pump Ski, Car Boot Sales, dan Persembahan Band DBKU untuk wargakota Kuching bersuka-ria pada hari tersebut.
Oleh itu, semua wargakota Kuching dijemput hadir bagi bersama-sama merasai kehangatan dan kemeriahan Mini Regatta BandarayaKu 2011 pada hari Sabtu, 23 Julai 2011 nanti!
Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda!