Sempena Program 4U BandarayaKu @ Esplanade Kuching 2011 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 (Sabtu), bertempat di Esplanade Kuching, Jalan Gambier Kuching, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjemput orang ramai yang berminat untuk berniaga menyewa tapak niaga sepanjang program berlangsung.
Melalui kenyataan media DBKU, penyertaan tersebut hendaklah melalui borang penyertaan yang sah dan dikeluarkan oleh pihak penganjur sahaja. Borang penyertaan mestilah disertai dengan pembayaran sewaan petak tapak iaitu RM25 untuk satu tapak.
Resit pembayaran hendaklah disimpan sehingga selesai sebagai bukti pembayaran.Luas tapak setiap lot akan ditetapkan oleh pihak penganjur dan peniaga tidak dibenarkan melebihi luas tapak yang disewa.
Masa jualan adalah mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam. Para peniaga harus memastikan kawasan perniagaan sentiasa bersih, teratur dan sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
Sebarang aktiviti yang boleh merosakkan keadaan semulajadi adalah dilarang sama sekali dan pihak penganjur berhak mengenakan denda sebanyak RM10 bagi setiap syarat yang dilanggar.
Orang ramai yang berminat untuk menyewa tapak jualan diminta menyediakan khemah sendiri. Pihak penganjur hanya menyediakan tapak dan power supply sahaja.
Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Puan Nadia Natasia di talian 016-869442 / 082-234657 dan Puan Zubaidah Sidi / Puan Ainee Jeman di talian 082-446688 sambunagn 128.