- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jambatan Baru Untuk Kampung Mentu Tapu

Must read


Kampung Mentu Tapu terletak kira-kira 40 km dari Serian. Majoriti penduduk di kampung ini adalah petani yang mengerjakan kebun lada dan juga terlibat dalam usahasama mengerjakan ladang kelapa sawit Estet Mongkos SALCRA.

Penglibatan mereka sejak tahun 1993 dalam mengerjakan tanaman kelapa sawit secara besar-besaran ini telah membuahkan banyak hasil yang lumayan. Secara amnya taraf hidup penduduk kampung semakin meningkat. Kemudahan asas dan keperluan rumah boleh dikatakan kini serba lengkap.

Setiap keluarga kini sekurang-kurangnya memiliki dua buah motosikal. Malah ada yang memiliki kenderaan pacuan empat roda – bukan sebuah tetapi dua buah walhal satu-satunya cara untuk masuk dan keluar dari kampung ini adalah melalui jambatan gantung yang berusia hampir 20 tahun dan hanya boleh dilalui oleh mereka yang berjalan kaki dan kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal sahaja!

Maka kerana itu, penduduk kampung kini berhasrat untuk memohon kepada pihak yang berkaitan (kerajaan) untuk membina jambatan konkrit yang boleh dilalui bukan sahaja oleh kenderaan kecil dan kereta malah juga lori 10 tan.

Ini kerana rata-rata penduduk kampung bersetuju untuk membangunkan tanah milik mereka di belakang kampung yang sedia ada (di seberang sungai) dengan tanaman kelapa sawit secara komersil. Pengalaman menguruskan ladang kelapa sawit yang diperolehi hasil tunjuk ajar dari pihak SALCRA memberikan keyakinan kepada mereka untuk mencuba sendiri usaha ini yang mereka yakin akan memberikan pulangan yang lumayan.

Dengan adanya jambatan baru itu kelak, maka mudah bagi mereka untuk membawa masuk kenderaan berat bagi membuka ladang dan seterusnya mengangkut buah sawit dari ladang ke kilang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article