- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kampung Bako Sejahtera

Must read

Projek
Kampung Bako Sejahtera merupakan projek usahasama NREB, DBKU serta
masyarakat tempatan yang bertujuan untuk membersihkan Kampung Bako
sambil menukar komuniti Kampung Bako kepada komuniti yang berdisiplin
dan berdikari terutama dalam memastikan kebersihan dan sanitasi kampung.

Sebelum projek ini, sampah-sarap didapati bertaburan di kawasan
kampung, di bawah rumah dan di dalam sungai. Jawatankuasa penggerak
projek telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2003.

Jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan
taklimat, gotong-royong, sistem zon, penyediaan tong sampah, penyediaan
papan kenyataan, promosi kitar semula, penubuhan Kelab Pencinta Alam
Sekitar (PALS) di SK Bako dan SMK Bako dan penyediaan Penunjuk Kemajuan
Utama (Key Performance Indicator) untuk menentukan kemajuan projek ini.

Antara elemen yang diambil kira dalam Penunjuk Kemajuan Utama ini ialah :
  • pengetahuan dan kefahaman penduduk terhadap persekitaran yang bersih
  • penglibatan penduduk dalam pelbagai program
  • jumlah sampah yang dihasilkan
  • jumlah bahan kitar semula yang dihasilkan
  • pendapat penduduk tentang kebersihan secara keseluruhan
  • Indeks Aedes (Aedes House Index)
Bagi
mengukuhkan lagi projek ini, pada tahun 2005 telah diadakan
pertandingan kebersihan antara zon. Panel hakim telah melawat dan
menghakimi kebersihan zon sebanyak empat (4) kali dan markah purata
dikira bagi menentukan pemenang. Semua ini adalah sebagai galakan
supaya penglibatan masyarakat tempatan adalah berterusan untuk
kesejahteraan penduduk di kampung ini sendiri.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article