- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kenyataan Media

Must read

Dalam usaha Kerajaan untuk menangani impak kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu ditanggung, Kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit LPG sebanyak 30 sen sekilogram berkuatkuasa pada 28 Februari 2006.

Kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum ini tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini. Kali terakhir Kerajaan menaikkan harga runcit barangan petroleum ini adalah pada 31 Julai 2005 iaitu petrol sebanyak 10 sen seliter, diesel sebanyak 20 sen seliter dan LPG sebanyak 5 sen sekilogram.

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan harga barangan produk petroleum tersebut bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak:
Harga 1 Februari 2006(sen/liter) Harga 28 Februari 2006(sen/liter) Kenaikan(sen/liter)
Semenanjung
Petrol RON 97 162.0 192.0 +30
Petrol RON 92 158.0 188.0 +30
Diesel 128.1 158.1 +30
LPG 145.0 175.0 +30
Sabah
Petrol RON 97 160.0 190.0 +30
Petrol RON 92 158.0 188.0 +30
Diesel 128.4 158.4 +30
LPG 153.0 183.0 +30
Sarawak
Petrol RON 97 161.0 191.0 +30
Petrol RON 92 158.0 188.0 +30
Diesel 127.8 157.8 +30
LPG 153.0 183.0 +30

Harga runcit barangan petroleum ini dinaikkan kerana pada tahun 2005 jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan adalah sebanyak RM 7.41 bilion. Manakala pengecualian cukai pula berjumlah RM 7.85 bilion, Beban tanggungan subsidi dan pengecualian cukai bagi tempoh Januari hingga Februari 2006 adalah sebanyak RM 1.19 bilion dan RM 1.44 bilion masing-masing.

Tanpa subsidi dan pengecualian cukai oleh Kerajaan, harga runcit produk-produk tersebut dalam bulan Mac 2006 sepatutnva adalah seperti berikut:

RON97(RM/liter) RON92(RM/liter) DIESEL(RMIitre) LPG(RM/kg)
Semenanjung 2.46 2.37 1.98 3.21
.Sabah 2.45 2.37 1.97 3.35
Sarawak 2.45 2.36 1.97 3.34

6. Walaupun Kerajaan menaikkan harga barangan petrol, diesel dan LPG, didapati harga petrol dan diesel di Malaysia masih lagi murah berbanding dengan kebanyakan harga barangan tersebut di Negara-negara Asean kecuali Brunei Darussalam. Harga barangan petroleum di beberapa negara Asean dan beberapa negara lain pada ketika ini adalah seperti berikut:
RON97 (RM/liter) RON92 (RM/liter) Diesel (RM/liter) LPG (RM/ka.)
Malaysia 1.92 1.88 1.581 1.75
Thailand 2.52 2.45 2.28 1.65
Filipina 2.21 2.20 1.95 4.90
Singapura 4.15 3.89 2.39 5.32
Brunei 1.22 1.19 0.71 1.40
Indonesia 2.30 2.20 1.68 1.89

7. Selain daripada itu, KeraJ'aan turut memperkenalkan SISTEM PEMBERIAN DIESEL BERSUBSIDI kepada 84% kenderaan vanq menggunakan diesel dalam sektor pengangkutan darat yang terdiri daripada pengusaha pengangkutan awam dan perkhidmatan barangan pengguna melalui penggunaan fleetcard. Melalui penggunaan FLEETCARD ini, mereka boleh membeli diesel bersubsidi di stesen minyak dengan harga 15 sen lebih rendah daripada harga yang ditetapkan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telahpun mengeluarkan surat memaklumkan. perkara ini kepada pengusaha-pengusaha yang layak.
PENUTUP
8. Penjimatan kewangan yang dibuat melalui kenaikan harga barangan petroleum pada kali ini akan digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Pejabat Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra PUTRAJAYA
27 Februari 2006

[RAKAN SARAWAK Mac 2006]
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article