- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perpustakaan Umum Lundu yang Baru

Must read

Perpustakaan Umum Lundu yang Baru Penuhi Keperluan Pengguna


 


Kini,  pengguna perpustakaan di sekitar Lundu kini akan berasa lebih selesa dengan adanya sebuah perpustakaan umum yang baru dan serba lengkap.

 

Menurut Encik Jiseriyo Ak Kitok, pembantu perpustakaan di situ, perpustakaan umum baru ini dapat memenuhi keperluan penggunanya yang semakin bertambah.


 

Projek pembinaan perpustakaan umum tersebut yang bermula pada penghujung tahun 2003 telah siap sepenuhnya pada pertengahan tahun lepas (2005). Walaubagaimanapun ia hanya dapat digunakan sepenuhnya pada suku pertama tahun ini.  

           


Perpustakaan baru tersebut terletak di lokasi bersebelahan tapak perpustakaan yang lama iaitu di belakang bangunan Majlis Daerah Lundu. Projek di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-8 tersebut dilihat dapat memenuhi keperluan sejumlah kira-kira 6,000 penduduk daerah ini yang terletak dalam lingkungan 15 km dari lokasi perpustakaan yang baru.

 

Secara tidak langsung, ia turut memberi keselesaan kepada para pelajar di kawasan ini untuk melakukan rujukan, kerja kursus serta peminjaman buku.

 

Selain itu, ia turut menyediakan ruang yang lebih luas bagi kegunaan kakitangan perpustakaan ini dalam penganjuran aktiviti berbentuk pertandingan pada masa akan datang. Antara komponen penting perpustakaan umum tersebut ialah bangunan dua tingkat yang menempatkan Seksyen Kanak-Kanak di tingkat bawah manakala tingkat atas diperuntukkan bagi Seksyen Dewasa.

 

Menurut Jiseriyo, beberapa kemudahan turut disediakan antaranya seperti ruangan bilik bacaan, kemudahan komputer dan internet, rujukan dan pinjaman buku dan kemudahan multimedia.

 

Setakat ini, di daerah Lundu sahaja terdapat dua (2) perpustakaan awam iaitu di daerah Lundu dan daerah kecil Sematan. Selain itu, kawasan luar bandar turut tidak ketinggalan menikmati kemudahan perpustakaan dengan wujudnya tujuh (7) perpustakaan desa dalam dalam daerah ini seperti di Kampung Bokah, Kampung Raso 2, Kampung Sampadi, Kampung Biawak, Kampung Sebako, Kampung Pueh dan  Teluk Melano.

 

 

-rsnews-03.06

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article