- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Randau Q … Pendekatan Baru Kerajaan

Must read

Program Randau Kualiti atau singkatnya Randau Q akan dilaksanakan pada
tahun hadapan (2006) bagi meningkatkan keberkesanan program pembangunan
kualiti di negeri Sarawak, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar
Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain.

Menurut beliau, ia sebagai menyahut saranan ke arah meningkatkan sistem
penyampaian kerajaan yang lebih berkesan.

Beliau berkata demikian
sewaktu Majlis Pelancaran Program Randau Q Untuk Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak di Sri Aman pada 14 November 2005. Randau Q akan
menjelajah dari daerah ke daerah, dan akan dijadikan forum untuk
menilai usaha-usaha kualiti yang telah dan sedang dilaksanakan dalam
Perkhidmatan Awam Negeri.

Jelas beliau lagi, melalui pendekatan Randau
Q ini, diharap amalan budaya kualiti boleh dihayati dan difahami oleh
agensi-agensi pelaksana dan seluruh penjawat awam sehinggalah ke
ketua-ketua masyarakat di peringkat akar umbi.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), menurutnya telah banyak memberi
manfaat kepada Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak kerana melalui
pelaksanaannya lahirlah program seperti

  • Sistem Cadangan Q
  • Sistem
    Maklumbalas Q
  • Sistem Pemeriksaan Q
  • Sistem Proses Q
  • Sistem Maklumat
    Q
  • Slogan Q dan
  • Hari Q

Dalam perkembangan berkaitan, menurut beliau lagi, perkhidmatan awam
negeri Sarawak telah menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan program
pembangunan kualiti di negeri ini.

Antaranya pelaksanaan Balance Score
Card yang telah berjaya dilaksanakan secara perintis di Jabatan
Perbendaraan Negeri, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi
(KPSU) dan Pejabat Residen Bahagian Mukah.
Bagi pensijilan ISO pula, setakat November 2005, 14 buah agensi
Kerajaan Negeri telah mendapat pensijilan MS ISO 9000:2000, manakala
111 buah agensi lagi dalam pelbagai peringkat pelaksanaan seperti
peringkat dokumentasi, audit dan pematuhan.

Sebanyak 91 buah agensi
kerajaan di negeri ini telah memperolehi pensijilan MS ISO 9000: 1994.
Kerajaan Negeri dengan sokongan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan (MAMPU) juga secara aktif telah menganjurkan Konvensyen
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) sejak tahun 2000.

rsnews@faradalemedia.com

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article