- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Rombongan Brunei Lihat Sistem Pentadbiran Sarawak

Must read

Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Daerah Belait Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Bandar Raya Kuching, Sarawak.

Selain Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Daerah Belait, rombongan seramai 71 orang itu turut terdiri daripada Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta Ketua-ketua Rumah Panjang dari Negara Brunei.

Tujuan lawatan kerja itu ialah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli rombongan melihat sistem pentadbiran serta prosidur-prosidur yang digunapakai di Malaysia, khususnya di Sarawak yang boleh dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Semasa berada di Bandaraya Kuching, delegasi lawatan kerja yang diketuai oleh Penghulu Haji Kamarhan Atma selaku Bendahari Lawatan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Di-Pertuan Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri di Kuching.
Ahli rombongan juga telah disambut oleh Residen Bahagian Kuching, Abang Affandi Abang Annuar bertempat di Bangunan Yayasan Sarawak untuk mendengar taklimat pembangunan Bahagian dan Bandaraya Kuching.

Ketika dalam perjalanan balik ke Brunei, ahli rombongan juga telah singgah di salah sebuah rumah panjang masyarakat Iban di Bahagian Sibu untuk meninjau sistem pentadbiran yang digunapakai di rumah panjang itu.

-rsnews-03.06

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article