- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Randau Q…Tingkatkan Pembangunan Kualiti

Must read


Program Randau Kualiti atau
singkatnya Randau Q akan dilaksanakan pada tahun hadapan (2006) bagi
meningkatkan keberkesanan program pembangunan kualiti di negeri
Sarawak, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz
bin Dato Haji Husain.

Menurut beliau, ia sebagai menyahut saranan ke arah meningkatkan sistem penyampaian kerajaan yang lebih berkesan. Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Pelancaran Program Randau Q Untuk Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di Sri Aman pada 14 November 2005.


Randau Q akan
menjelajah dari daerah ke daerah, dan akan dijadikan forum untuk
menilai usaha-usaha kualiti yang telah dan sedang dilaksanakan dalam
Perkhidmatan Awam Negeri.

Jelas
beliau lagi, melalui pendekatan Randau Q ini, diharap amalan budaya
kualiti boleh dihayati dan difahami oleh agensi-agensi pelaksana dan
seluruh penjawat awam sehinggalah ke ketua-ketua masyarakat di
peringkat akar umbi.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), menurutnya telah banyak memberi manfaat kepada Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak kerana
melalui pelaksanaannya lahirlah program seperti Sistem Cadangan Q,
Sistem Maklumbalas Q, Sistem Pemeriksaan Q, Sistem Proses Q, Sistem
Maklumat Q, Slogan Q dan Hari Q.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut beliau lagi, perkhidmatan awam negeri Sarawak telah menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan program pembangunan kualiti di negeri ini.

Antaranya pelaksanaan Balance Score Card
yang telah berjaya dilaksanakan secara perintis di Jabatan Perbendaraan
Negeri, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) dan
Pejabat Residen Bahagian Mukah.

Bagi pensijilan ISO pula, setakat November 2005,
14 buah agensi Kerajaan Negeri telah mendapat pensijilan MS ISO
9000:2000, manakala 111 buah agensi lagi dalam pelbagai peringkat
pelaksanaan seperti peringkat dokumentasi, audit dan pematuhan.
Sebanyak 91 buah agensi kerajaan di negeri ini telah memperolehi
pensijilan MS ISO 9000: 1994.


Kerajaan Negeri dengan sokongan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) juga secara aktif telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) sejak tahun 2000.

Randau Q


Program Randau Q adalah inisiatif Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ),
Jabatan Ketua Menteri yang diyakini boleh dijadikan forum berkesan bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan kualiti.

Melalui
pelaksanaan Randau Q, usaha-usaha peningkatan produktiviti dan kualiti
dapat dibincang, dinilai dan dikaji semula bersama dengan agensi
pelaksana.

Hasil
daripadanya, amalan budaya kualiti akan mudah dihayati secara berkesan
dengan adanya dialog di antara agensi pelaksana di peringkat akar umbi
dan pengurusan atasan di peringkat negeri.
Antara objektif utama Randau Q diadakan ialah :
  • Mempromosi
    dan menyebarkan tentang usaha-usaha peningkatan produktiviti dan
    kualiti yang sedang dan akan dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam
    Negeri Sarawak.
  • Membincang,
    menilai dan mengkaji semula usaha-usaha kualiti dan produktiviti yang
    telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam Negeri
    Sarawak
  • Mewujudkan
    kesedaran dan penghayatan amalan budaya kualiti di kalangan
    agensi-agensi pelaksana di peringkat akar umbi dalam Perkhidmatan Awam
    Negeri
  • Menyediakan saluran bagi dialog dan kualiti di antara pengurusan atasan di peringkat negeri dan agensi-agensi pelaksana.
  • Menyediakan
    forum bagi agensi-agensi pelaksana di peringkat akar umbi untuk
    mengenalpasti halangan-halangan dan jurang ke arah penambahbaikan
    sistem pengurusan kualiti mereka.

Beberapa pengisian seperti ceramah kualiti dan lawatan ke agensi-agensi di peringkat akar umbi akan diadakan semasa Randau Q.


Selain
itu, turut diadakan nanti adalah dialog dan berkongsi rahsia kejayaan
dengan agensi-agensi yang pernah memenangi anugerah kualiti di
peringkat Kebangsaan di samping meninjau secara dekat usaha-usaha produktiviti dan kualiti di agensi yang dilawati.

rsnews-03.06

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article