- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MPS Jalin Kerjasama Dengan Komuniti Bangun Taman

Must read

MPS Jalin Kerjasama Dengan Komuniti Bangun Taman

Majlis
Perbandaran Sibu (MPS) mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup
getir khususnya dalam usaha mereka untuk mencapai status Sibu sebagai
sebuah Bandar Raya.

Peranannya bukan setakat meningkatkan kualiti
perkhidmatan dan pengurusan organisasi, tetapi antara yang paling
mencabar ialah untuk menerapkan serta menyediakan mentaliti penduduk ke
arah kehidupan dan budaya sebenar warga Bandar Raya yang moden dan
tersusun.

Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) sejak
1993 dan pencapaian merangkul pelbagai Sijil dan Anugerah Kualiti
Perkhidmatan Awam seperti Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan
peringkat nasional serta Sijil Kecemerlangan bagi Anugerah Kualiti
Perkhidmatan Awam Sarawak sejak tahun 1994, merupakan penanda aras
kepada usaha yang dibuat.
Namun,
kematangan lebih sedekad dalam pengekalan dan peningkatan kualiti dan
produktiviti perkhidmatan membuatkan MPS sejak beberapa tahun
kebelakangan ini berasakan amat penting bagi mereka untuk berganding
bahu dengan semua pihak yang terbabit dari peringkat pembuat dasar
sehinggalah akar umbi sebagai sebuah kumpulan yang bersatu atau dalam
istilah lain sebagai ‘rakan kongsi’.
Kejayaan sistem ‘rakan kongsi’ itu terserlah dalam pembinaan taman-taman di sekitar Bandar Sibu. Taman-taman
yang tersergam indah adalah hasil tajaan atau sumbangan komuniti di
situ yang terdiri daripada badan-badan korporat serta
pertubuhan-pertubuhan masyarakat.
Sebagai menghargai sumbangan mereka, taman itu akan diberi nama sempena nama pihak penaja atau mengikut kehendak penaja.

Idea untuk pelaksanaan itu muncul setelah
masyarakat Cina Foochow menyambut ulang tahun keseratus kehadiran nenek
moyang mereka di Sibu pada tahun 2001.
Ketika
itu MPS mengutarakan cadangan supaya sebidang tanah kosong berhampiran
Sungai Merah dibangunkan. Tapak itu merupakan tempat di mana nenek
moyang masyarakat Cina Foochow mula-mula mendarat di Sibu kira-kira
seabad yang lalu.
Cadangan
itu mendapat sambutan positif Persatuan Cina Foochow sehingga membawa
kepada pembinaan ‘Wong Nai Siong Memorial Garden’.
Kejayaan usahasama itu telah membawa kepada pembinaan lebih banyak taman di sekitar Bandar Sibu.
Ketika
ini terdapat 14 buah taman yang dibina hasil sumbangan atau kerjasama
daripada komuniti di Sibu. Ia telah membantu MPS menjimatkan sejumlah
kira-kira RM6.44 juta.

Penjimatan
itu membolehkan sumber kewangan yang ada digunakan untuk tujuan
pembangunan demi manfaat seluruh warga Bandar Sibu yang dianggarkan
kira-kira 200 ribu orang serta para pengunjung ke Bandar itu di samping
membantu merealisasikan hasrat mencapai status Sibu sebagai sebuah
Bandar Raya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article