- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Harga Runcit Produk Petroleum Naik

Must read


Pejabat
Perdana Menteri pada penghujung bulan Februari 2006 yang lalu telah
mengeluarkan satu kenyataan tentang kenaikan harga runcit produk petroleum.

Kenyataan itu
menyebut bahawa dalam usaha Kerajaan untuk menangani impak kenaikan harga
minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu
ditanggung, Kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga runcit petrol dan
diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit LPG sebanyak 30 sen
sekilogram berkuatkuasa pada 28 Februari 2006.

Kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan
petroleum ini tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.
Kali terakhir Kerajaan menaikkan harga runcit barangan
petroleum ini adalah pada 31 Julai 2005 iaitu petrol sebanyak 10 sen seliter,
diesel sebanyak 20 sen seliter dan LPG sebanyak 5 sen sekilogram.

Harga runcit
barangan petroleum ini dinaikkan kerana pada tahun 2005 jumlah
subsidi
yang ditanggung oleh Kerajaan adalah sebanyak RM 7.41 bilion.
Manakala pengecualian cukai pula berjumlah RM 7.85 bilion, Beban
tanggungan subsidi dan pengecualian cukai
bagi tempoh Januari hingga
Februari 2006
adalah sebanyak RM 1.19 bilion dan RM 1.44 bilion masing-masing.

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan harga barangan
produk petroleum tersebut bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak:

Harga 1 Februari 2006

(sen/liter)

Harga 28 Februari 2006

(sen/liter)

Kenaikan

(sen/liter)

Semenanjung
Petrol RON 97

162

192

30

Petrol RON 92 158 188 30
Diesel 128.1

158.1

30
LPG 145 175 30
Sabah
Petrol RON 97 160

190

30
Petrol RON 92 158

188

30
Diesel 128.4 158.4 30
LPG 153

183

30
Sarawak
Petrol RON 97 161

191.0

30
Petrol RON 92 158

188.0

30
Diesel 127.8

157.8

30
LPG 153 183.0 30

Tanpa subsidi dan pengecualian cukai oleh Kerajaan, harga runcit produk-produk tersebut dalam bulan Mac 2006 sepatutnva adalah seperti berikut:

RON97

(RM/liter)

RON92

(RM/liter)

DIESEL

(RMIitre)

LPG

(RM/kg)

Semenanjung

2.46

2.37

1.98

3.21
Sabah

2.45

2.37

1.97

3.35
Sarawak

2.45

2.36

1.97 3.34

Walaupun Kerajaan menaikkan harga barangan petrol, diesel dan LPG, didapati harga petrol dan diesel di Malaysia masih lagi murah berbanding dengan kebanyakan harga barangan tersebut di Negara-negara Asean kecuali Brunei Darussalam.

Harga barangan petroleum di beberapa negara Asean dan beberapa negara lain pada ketika ini adalah seperti berikut:

RON97 (RM/liter) RON92 (RM/liter) Diesel (RM/liter)

LPG (RM/ka.)

Malaysia

1.92

1.88 1.581

1.75

Thailand 2.52 2.45

2.28

1.65
Filipina 2.21 2.20

1.95

4.90
Singapura 4.15

3.89

2.39

5.32

Brunei 1.22 1.19 0.71 1.40
Indonesia 2.30

2.20

1.68 1.89


Selain daripada itu, KeraJ'aan turut memperkenalkan SISTEM PEMBERIAN DIESEL BERSUBSIDI kepada 84% kenderaan vanq menggunakan diesel dalam sektor pengangkutan darat yang terdiri daripada pengusaha pengangkutan awam dan perkhidmatan barangan pengguna melalui penggunaan fleetcard. Melalui penggunaan FLEETCARD ini, mereka boleh membeli diesel bersubsidi di stesen minyak dengan harga 15 sen lebih rendah daripada harga yang ditetapkan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telahpun mengeluarkan surat memaklumkan. perkara ini kepada pengusaha-pengusaha yang layak.

Penjimatan kewangan yang dibuat melalui kenaikan harga barangan petroleum pada kali ini akan digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Perdana Menteri pada Taklimat Isu-isu Semasa di Kuala Lumpur awal bulan Mac 2006 turut menjelaskan hal-hal berkaitan kenaikan harga minyak pada 28 Febuari lepas dan mengharapkan wakil-wakil rakyat dapat menjelaskan kepada masyarakat umum khususnya di kawasan masing-masing akan tindakan yang telah kerajaan ambil itu serta langkah-langkah lain yang diusahakan dalam memastikan ia tidak memberikan kesan terlalu negatif kepada pengguna.

Dalam pada itu pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri baru lalu, Perdana Menteri berkata, beliau sedar pihak yang berdemonstrasi di sana sini sebagai membantah kenaikan harga minyak sambil menuduh kerajaan tidak prihatin terhadap nasib rakyat.

"Tak ada siapa yang suka kenaikan harga. Tetapi kalau kita pandai menguruskan perbelanjaan kita, Insya-Allah ia tidak akan jadi teruk sangat,"katanya.

YAB Datuk Seri Abdullah turut menegaskan bahawa penguatkuasaan akan diperketatkan bagi mencegah golongan peniaga daripada menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang boleh menjurus kepada kenaikan kadar inflasi.

Selain itu,beliau juga mahu jentera kerajaan menjadikan berjimat sebagai satu amalan seperti penjimatan penggunaan elektrik di bangunan kerajaan.

YAB Datuk Seri Abdullah juga mengingatkan kakitangan awam agar mengelak berlakunya penangguhan dan rasuah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Ini kerana rasuah akan menyebabkan kos naik, tambah Perdana Menteri.

[dipetik daripada RAKAN Sarawak Mac 2006]
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article