- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SPA Perjelas Kriteria Calon

Must read

SPA Perjelas Kriteria Calon

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) secara telus memperjelaskan kriteria yang digunakan untuk memilih kakitangan kerajaan bagi memelihara keyakinan terhadap proses pemilihan calon yang layak.

Perdana Menteri berkata, ini memandang kadar kemasukan ke dalam perkhidmatan itu adalah kompetitif iaitu lima peratus berbanding 418,000 orang yang berdaftar dengan SPA pada tahun 2004 sahaja.

"Dengan itu,calon-calon yang layak harus dipertimbangkan dengan adil.Ujian psikologi, minat dan kemahiran adalah perlu bagi memilih calon yang serba boleh tetapi kriterianya mesti diperjelaskan supaya tiada yang ragu dengan kesahihan ujian tersebut."

"Ujian tersebut juga hendaklah tidak terlalu membebankan calon dari segi kos dan masa.Peningkatan sistem penyampaian kerajaan merangkumi setiap proses yang dijalankan oleh perkhidmatan awam termasuk proses pemilihan calon,"katanya ketika berucap merasmikan Persidangan SPA Malaysia yang bertema "Perkhidmatan Awam Cemerlang Negara Terbilang," baru-baru ini.

Justeru tegasnya, kualiti kakitangan yang dipilih untuk menyertai sektor tersebut amat penting dan mereka perlu memenuhi tiga "K" iaitu kelulusan, keupayaan dan keperibadian.

"Ketiga-tiga syarat ini adalah kritikal bagi memastikan mereka yang bekerja untuk perkhidmatan awam dipercayai dan dihormati," katanya sambil menekankan ia perlu menjadi teras keputusan SPA dalam memilih calon.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berharap SPA dapat mengkaji isu perancangan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan dengan mendalam bagi mengelakkan mereka yang terbaik dan berprestasi tinggi meninggalkan sektor awam untuk memasuki sektor swasta kerana merasakan peluang ke tahap lebih tinggi amat terhad atau lambat.

"Jika perkhidmatan awam tidak mengubah pengurusan modal insannya, besar kemungkinan pekerja-pekerjanya yang terbaik akan lambat-laun direbut sektor swasta," ujar beliau.

Dalam hal ini,Perdana Menteri mengingatkan jabatan-jabatan kerajaan supaya memastikan tidak ada jawatan terutama yang mempunyai beban tugas berat, ditinggalkan kosong begitu lama.

Baginya, pegawai-pegawai baru yang sedang berkobar-kobar untuk bekerja perlu segera dihantar mengisi jawatan kosong berkenaan.

Ini kerana, kelambatan mengisi jawatan kosong menggambarkan kekurangan perancangan yang akan mengakibatkan pula kakitangan hilang semangat untuk bekerja, katanya.

"Ramai yang rata-ratanya masih muda dilihat hilang semangatnya apabila jalan kerjaya mereka bergerak dengan begitu lambat," katanya.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article