- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Aktif Dalam Gerakan Koperasi Selepas Bersara

Must read

Bersara…mungkin
perkataan yang sering dikaitkan dengan masa untuk berehat di rumah atau sekadar
untuk melakukan kerja yang berkaitan dengan hobi bagi mengisi masa lapang.

Namun
bagi Encik Voon Stzu Chiang, 60 tahun, masa bersaranya daripada perkhidmatan
awam bukan seperti yang sering digambarkan oleh kebanyakan kita.

Kini
dia telah diberi kepercayaan untuk memegang tanggungjawab yang cukup berat
iaitu sebagai salah seorang Pengarah Koperasi Serbaguna Miri Berhad (KSMB).

Pengalaman
berkhidmat di Jabatan Perpaduan Negara selama kira-kira 30 tahun serta
keupayaannya untuk berkomunikasi tentang idea dan pelbagai isu semasa dengan
pelbagai lapisan masyarakat menjadikannya cepat mesra dan dihormati ramai.

Encik
Voon mula berkhidmat sebagai Penyelia Kelab Perpaduan Rakyat pada tahun 1974
dan memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai di Jabatan Perpaduan Negara
sebelum bersara.

Ia
memberikannya pengalaman yang cukup luas dalam hal berkaitan Rukun Tetangga
khususnya di Bahagian Miri.

Tugasnya
memerlukan dia sentiasa berhadapan dengan orang ramai daripada pelbagai
kumpulan etnik dan latar belakang sosioekonomi. Justeru, tidak menghairankan
apabila dia mampu berkomunikasi dalam pelbagai dialek tempatan di Sarawak.

Bapa
kepada empat orang anak ini mempunyai isteri yang masih mengajar dan akan
bersara dalam tempoh enam tahun lagi.

Menyentuh
tentang pendidikan, baginya setiap ahli masyarakat harus berpegang pada pepatah
‘belajar sehingga ke Negeri China’ kerana dia sendiri telah membuktikannya.
Setelah menamatkan pendidikan Darjah 6 dalam aliran Cina dan bekerja, dia tetap
berusaha mengambil ujian Tingkatan 3 dan Tingkatan 6 sebagai seorang calon
bebas.

“Manusia
bukan kayu tetapi adalah rotan”, katanya merujuk kepada situasi dalam
masyarakat hari ini.

Semua
ahli masyarakat khususnya golongan muda boleh dididik dengan ajaran yang
sebaiknya serta ditanam dengan amalan saling menghormati budaya dan pantang
larang masyarakat lain.

Sehubungan
itu semua ahli masyarakat perlu berkomunikasi dalam bahasa yang mudah difahami
semua pihak iaitu bahasa kebangsaan. Namun, mereka tidak harus menyebut perkara
yang boleh menyentuh perasaan satu sama lain.

Baginya
Rukun Tetangga perlu diutamakan kerana ia menggalakkan sikap hidup berjiran di
kalangan ahli masyarakat. “Adalah lebih menarik jika kita dapat hidup dalam
kawasan yang didiami pelbagai kumpulan etnik kerana ia memberi kita peluang
berkongsi budaya”, katanya merujuk kepada kawasan di mana keluarganya tinggal.

Gerakan Koperasi

Encik
Voon berasa cukup bersyukur dan berbangga kerana diberi kepercayaan oleh
rakan-rakannya untuk menerajui lembaga sebuah koperasi yang telah ditubuhkan
pada tahun 1983.

Pengalaman
berkhidmat dengan kerajaan yang kemudiannya beralih arah kepada perniagaan
cukup mencabar baginya.

Namun,
cabaran itu diterima dan dia telah membuktikan bahawa dia mampu melakukannya.
Bermula daripada hanya perniagaan pinjaman dan kewangan, KSMB hari ini semakin
maju dalam perniagaannya dan telah meneroka pelbagai bidang perniagaan lain.

Antaranya
pelancongan, pengangkutan awam, insuran dan pelaburan. Terbaru ialah aktiviti
pertanian dan perladangan.

Menyentuh tentang perniagaan bas yang diusahakan
KSMB melalui Miri Transport Company Sdn. Bhd., beliau menjelaskan bahawa
perniagaan itu mempunyai potensi yang amat baik. Di samping itu, ia turut
membantu dalam usaha kerajaan mempromosikan perkhidmatan awam di seluruh bandar
utama negeri ini.

“Sebenarnya
bas memberi keselesaan kepada pelanggan kerana mereka tidak perlu memikirkan
kos minyak kenderaan, kupon meletak kenderaan, penyelenggaraan dan tekanan
semasa memandu yang disebabkan kesesakan jalan raya”, kata Encik Voon.

Justeru,
paling penting bagi mereka ialah untuk menyediakan perkhidmatan bas yang
efisyen dan berpatutan kepada pengguna.

“Maklumbalas
daripada para pelanggan amat dihargai dan itu membantu kami untuk berdikari
bagi memperbaik perkhidmatan”, katanya.

Menurutnya,
mesyuarat juga diadakan kurang-kurangnya sekali sebulan untuk mengenalpasti
perkembangan terbaru dalam perniagaan koperasi dan juga mendapatkan pelbagai
idea baru.

Di
samping itu, rujukan serta bantuan khidmat nasihat daripada Jabatan Pembangunan
Koperasi Bahagian Miri juga dibuat dari semasa ke semasa bagi membantu mereka
mengenalpasti halatuju perniagaan koperasi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article