- Advertisement -spot_img
4,805
published news
and counting

Budaya Penyelenggaraan Perlu Dipertingkat

Must read


Budaya penyelenggaraan ke atas bangunan kerajaan dan awam di negara ini perlu dipertingkat untuk mengekalkan kecantikan dan ketahanannya bagi jangka masa panjang.

Demikian tegas YAB Perdana Menteri, Datuk Patinggi Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi ketika merasmikan Bangunan Terminal Baru Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di hadapan ribuan hadirin di situ baru-baru ini.

Dengan merujuk kepada bangunan terminal LTAK, beliau menjelaskan bahawa kecantikan serta kebersihannya perlu dipelihara sepanjang masa dan dalam soal itu budaya penyelenggaraan yang berkesan memainkan peranan penting.

Perdana Menteri juga mahu LTAK menjadi antara contoh di negara ini bahawa kita mempunyai kemudahan bertaraf dunia dan disertai dengan budaya penyelenggaraan yang baik.

Menurutnya, penyelenggaraan yang baik di LTAK akan membuatkan pengguna berasa selesa apabila mengguna perkhidmatan dan peralatan yang sentiasa berfungsi.

Ini menurutnya perlu diambil perkatian kerana pengguna yang telah mendapat perkhidmatan cemerlang ketika berada di dalam pesawat, seharusnya juga mendapat perkhidmatan yang baik setelah mendarat di bangunan terminal.

Begitu juga dengan kualiti dan perkhidmatan teksi yang perlu dipertingkat di LTAK dan juga lapangan terbang lain di negara ini.

Perdana Menteri turut memuji kontraktor dan kerajaan negeri kerana keberkesannya menyiapkan pembinaan bangunan terminal LTAK dalam tempoh 15 bulan daripada 32 bulan yang dirancangkan.

Sungguhpun demikian, beliau menekankan bahawa kualiti pembinaannya tidak harus diketepikan agar ia mampu bertahan lama.

Apabila beroperasi sepenuhnya, LTAK akan menjadi hub penting kepada pertumbuhan ekonomi di Sarawak terutamanya dalam industri pelancongan dan menggalakkan pelaburan asing.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article