- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Bukan Bumiputera Digalak Pohon Jawatan Melalui SPA

Must read


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menggalakkan permohonan daripada bukan bumiputera bagi jawatan dalam kerajaan melaluinya kerana ia dapat mengelakkan monopoli jawatan di sektor awam oleh satu kaum sahaja dan menimbulkan rasa tidak puas hati kaum lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok berkata situasi di mana kebanyakkan jawatan di sektor awam dikuasai oleh kaum Melayu bukanlah disebabkan sistem kuota tetapi disebabkan permohonan daripada sesuatu kaum itu adalah besar menyebabkan SPA melantik ramai daripada kaum itu memegang jawatan dalam kerajaan.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Negara (20 Julai 2006) yang lalu.

"Misalnya pada tahun 2003 permohonan daripada kaum Melayu adalah sebanyak 273,646 pemohon manakala dalam tahun 2004 jumlahnya mencapai 316,563 pemohon.

"Kaum India pula misalnya pada tahun 2004 jumlahnya cuma 9,562 orang sahaja, jadi SPA terpaksa melihat jumlah pemohon yang besar dan menawarkan jawatan kepada kelompok yang besar," katanya menjawab soalan Senator M.Munusamy yang ingin tahu adakah pengisian jawatan kosong oleh SPA mengikut kuota kaum, pada persidangan Dewan Negara.

Sementara itu, menjawab soalan Senator Dr K.N. Raja Ram, Bernard berkata terdapat peningkatan dari segi pelantikan jawatan melalui SPA bagi orang bukan Melayu, meskipun jumlah jawatan yang ditawarkan kepada kaum Melayu jauh lebih besar.

"Contohnya bagi kaum Cina, jumlah pemohon yang ditawarkan jawatan meningkat setiap tahun iaitu pada tahun 2004 sebanyak 649 pemohon manakala pada tahun 2005, 922 pemohon telah ditawarkan," katanya.

Menurut beliau lagi pada tahun 2004, SPA telah menawarkan jawatan kepada 13,104 pemohon daripada kaum Melayu, 649 (Cina), 961 (India) dan 1,629 (kaum-kaum lain).

Sementara itu pada pada tahun 2005, sebanyak 13,378 jawatan ditawarkan kepada kaum Melayu, 922 (Cina), 887 (India) dan 1,844 (kaum-kaum lain).

Bilangan Permohonan Pengisian Jawatan Awam Yang Diterima Oleh SPA


2004
2005
Melayu
316,563 333,719
Cina
8,067 6,599
India
9,562 9,826
Lain-lain Kaum
69,493
59,567




Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article