- Advertisement -spot_img
4,805
published news
and counting

Memoir Skuad 69 PDRM Temui Pembaca September Ini

Must read


Memoir Skuad 69 PDRM (Polis DiRaja Malaysia) Edisi Sarawak yang
mengisahkan perjuangan anggota polis khususnya Pasukan Polis Hutan
(PPH) di dalam Skuad 69 PDRM yang pernah dihantar bertugas ke Sarawak
sekitar tahun 1970-an akan menemui para pembaca pada September 2006.

Anggota
PPH Skuad 69 PDRM itu merupakan pasukan yang telah berhadapan dengan
pengganas komunis yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Kisah
perjuangan polis itu dipaparkan dalam bentuk ‘based on a true story’
dan cerita bergambar daripada anggota Skuad 69 yang telah melalui
pengalaman yang cukup getir ketika berkhidmat meredah hutan belantara
di negeri ini.

Demikian menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’
Talib Jamal pada majlis Pra Pelancaran Memoir Skuad 69 PDRM Edisi
Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak baru-baru ini.

Memoir
Skuad 69 PDRM Edisi Sarawak merupakan buku terbitan kedua oleh Skuad 69
PDRM. Buku pertama berjudul ‘Memoir Skuad 69 PDRM’ telah diterbitkan
pada 2005.

Semangat dan keberanian anggota PPH dalam
mempertahankan tanah air serta mengembalikan semula ketenteraman dan
juga keselamatan di kalangan rakyat khususnya rakyat negeri Sarawak
akan disajikan dalam bentuk buku.

Ia diharap akan menjadi tatapan, renungan dan menggilap keperkasaan anak bangsa yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Turut
dimuatkan ialah paparan fakta terperinci sebagai inti maklumat yang
boleh dijadikan sumber rujukan oleh generasi hari ini dan akan datang.

Pada
majlis itu, Penyerahan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Pelancaran
Memoir Skuad 69 PDRM Edisi Sarawak dan penyerahan tajaan daripada badan
korporat turut diadakan.

Buku Memoir Skuad 69 PDRM Edisi
Sarawak dijangka dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Pehin Sri Haji
Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak sempena sambutan Hari Malaysia
pada 16 September ini.

Serentak dengan pelancarannya, wira-wira Skuad 69 PDRM yang telah bersara juga akan diberikan ‘Watikah Jasamu Dikenang’.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article