- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar Dipertingkat

Must read

Kementerian Kesihatan akan menyediakan lebih banyak klinik bergerak dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) di negeri ini bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan ke kawasan-kawasan luar bandar.

Di samping menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih baik di kawasan terbabit, langkah itu juga bertujuan membantu mengatasi masalah kekurangan doktor yang berkhidmat di kawasan luar bandar ketika ini.

Melalui usaha itu, para doktor yang berkhidmat ke kawasan luar bandar akan dapat kembali ke tempat masing-masing pada hari yang sama seterusnya memberi peluang untuk mereka bersama-sama keluarga.

Demikian menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Chua Soi Lek ketika mengadakan lawatan kerjanya ke Sarawak baru-baru ini.

Ketika di sini, beliau telah merasmikan Klinik Kesihatan Tudan yang menelan kos kira-kira RM16.6 juta serta melawat Wad Psikiatrik Hospital Miri yang baru.

Klinik Kesihatan Tudan menyediakan perkhidmatan seperti rawatan pesakit luar, kesihatan ibu dan kanak-kanak, rawatan pergigian serta perkhidmatan sokongan seperti unit farmasi, unit radiologi, makmal perubatan dan unit fisio-terapi sementara Wad Psikiatrik Hospital Miri menyediakan kemudahan 16 buah katil.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan itu telah meningkatkan keselesaan para pelanggan semasa berurusan atau mengunjungi kemudahan kesihatan yang berkenaan.

Dengan pelbagai usaha pembangunan dan kempen kesihatan yang dilaksanakan, kerajaan berharap agar amalan gaya hidup sihat akan terus mendapat sambutan daripada anggota masyarakat di negeri ini dan kualiti kesihatan dipertingkat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article