- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Taman Etno Botani Kini Dibuka

Must read

Sebuah
Taman Etno-Botani yang mempamerkan kira-kira 100 spesis tumbuh-tumbuhan yang
sering digunakan secara tradisional oleh pelbagai kumpulan etnik di Sarawak
kini dibuka kepada umum.

Taman itu terletak di Taman Rimba Sama Jaya iaitu kira-kira 15 minit perjalanan
dari pusat Bandar Raya Kuching. Taman Rimba Sama Jaya juga merupakan taman
pertama dalam kawasan bandar di negeri ini dan adalah sebahagian daripada
kawasan Hutan Simpan Stutong yang diwujudkan pada tahun 1950.

Datuk Haji Awang
Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua dan
Kemudahan Awam telah merasmikan Taman Etno-Botani itu bersempena dengan
sambutan Hari Perhutanan Sedunia pada Mac lalu.

Antara spesis tumbuhan yang ada
di taman itu ialah daun tumbuh daun, kangkong laut, bunga rotan, ekor anjing
dan misai kucing.Tumbuh-tumbuhan berkenaan biasa digunakan untuk merawat,
sebagai ubat-ubatan, terapi dan sebagai makanan oleh kebanyakan kumpulan etnik
di negeri ini.

Taman itu telah dibangunkan oleh Sarawak Forestry Corporation
(SFC) dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota masyarakat
mengenali kepelbagaian spesis tumbuhan yang ada di Sarawak dan memberi peluang
untuk mereka menambah pengetahuan.

Selain Taman Etno-Botani, Taman Rimba Sama
Jaya juga mempunyai tarikan lain seperti Muzium Kayu, Muzium Buluh, Muzium
Biologi Hutan, Taman Persahabatan Sarawak-Hiroshima, Baruk, trek jogging,
lapangan refleksologi kaki dan pelbagai kemudahan lain.

Bayaran kemasukan hanya
RM0.50 seorang dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia dibuka
setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article