- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Bajet Alam Sekitar

Must read


Dalam Bajet 2006, sejumlah RM1.9 billion diperuntukkan untuk melaksanakan projek pemuliharaan alam sekitar. Daripada jumlah itu, sebanyak RM40 juta untuk memelihara pantai daripada hakisan teruk, RM370 juta untuk perparitan dan tebatan banjir di seluruh negara dan RM114 juta untuk memperbaiki sungai dan kuala sungai.


RM991 juta ringgit pula disediakan bagi pembaikan loji pembetungan dan pembinaan pembetungan baru manakala RM363 juta untuk program pengurusan sisa pepejal pula.


Bajet yang secukupnya juga telah disediakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tujuan penguatkuasaan serta langkah pencegahan dan rawatan alam sekitar.


Antaranya adalah peruntukan berjumlah RM510 juta untuk membersih, memulihara dan mengindahkan sungai, RM350 juta untuk pengurusan pantai, RM200 juta untuk penanaman semula hutan dan RM70 juta untuk pengurusan hidupan liar dan kawasan dilindungi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article