- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

JKR Bahagian Sarikei Aktif Q

Must read

Artikel sumbangan : Khairul Reza; JKR Bahagian Sarikei

Selain daripada mengadaptasi MS ISO 9001:2000 dalam pengurusan sumber manusia dan teknikal, JKR Bahagian Sarikei juga aktif dalam program yang berkait rapat dengan kualiti.

JKR Bahagian Sarikei meneruskan aktiviti KMK yang bermula semenjak 2002 dengan penubuhan beberapa KMK yang telah mengenengahkan beberapa projek yang berkaitan dengan pembaharuan aspek pengurusan dan teknikal jabatan.

Antara KMK pertama ditubuhkan di JKR Bahagian Sarikei ialah KMK MUTIARA yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. Kumpulan ini telah menyertai beberapa pertandingan KMK peringkat jabatan dan peringkat negeri.

Bermula daripada aktiviti mini konvensyen KMK di JKR Bahagian Sarikei, lahirlah KMK MESRA yang telah ditubuhkan pada akhir 2004.

KMK MESRA muncul dengan projek sulung mereka iaitu Mengatasi Kesukaran Mengurus Maklumat Permohonan Membaikpulih Bangunan Kerajaan.

Objektif projek kumpulan KMK MESRA ialah untuk menyediakan sistem penghantaran maklumat permohonan membaikpulih bangunan kerajaan secara online, yang dikenali sebagai e-Building Maintenance.

KMK MESRA yang agak aktif sepanjang tahun 2005 menyaksikan mereka mendapat tempat yang agak membanggakan dalam pertandingan peringkat jabatan dan negeri, khasnya pada Konvensyen KMK Ke-2 JKR Sarawak pada Mei 2005.

Dalam pertandingan itu, KMK MESRA telah mendapat tempat ke-2 (Kategori Pengurusan) dan telah terpilih untuk mewakili JKR Sarawak ke Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Negeri Sarawak pada Ogos 2005, di mana KMK MESRA telah mendapat tempat ke-3 (Kategori Teknikal).

Selain daripada itu, JKR Sarikei juga turut terlibat dalam program Hari Kualiti Bersama Pelanggan di Julau, Sarikei pada 2005.

Melalui program ini, penduduk tempatan khasnya dari kawasan luar bandar mengambil kesempatan untuk mendapatkan penerangan dalam hal-hal melibatkan perkhidmatan serta projek-projek pembangunan di bawah seliaan JKR Bahagian Sarikei.

Adalah menjadi hasrat JKR Sarikei untuk mewujudkan budaya kerja yang berkualiti tinggi, khasnya dalam pengurusan sumber manusia dan kepakaran teknikal dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Selain daripada itu juga, JKR Sarikei akan terus mengadaptasi segala peralatan dan konsep kualiti yang kontemporari bagi memastikan misi dan tanggungjawab jabatan dapat ditambahbaikan secara efektif & efisien dari semasa ke semasa.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article