- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

KAUNSELING

Must read

Ketika masih menuntut, ramai antara kita mengenali nama-nama
seperti ‘Unit Bimbingan dan Kaunseling’ atau ‘Kelab Pembimbing Rakan Sebaya’
yang dikaitkan dengan ‘kaunseling’. Selalunya guru di sekolah akan bertindak
sebagai penasihat atau pembimbing kepada pelajar yang bermasalah, atau, pelajar
yang terlatih akan bertindak sebagai pembimbing kepada rakannya yang lain.

Namun,
bagaimana pula setelah kita bekerja? Masih adakah tempat untuk kita mendapatkan
kaunseling khususnya bagi menyelesaikan masalah emosi atau untuk meningkatkan perkembangan diri?

Mungkin masih
ramai yang belum mengetahui bahawa perkhidmatan berkenaan ada disediakan oleh
Seksyen Perkhidmatan Sokongan Pekerja (PSP) iaitu satu daripada empat seksyen
yang terdapat dalam Unit Pengurusan Sumber Manusia (HRM), Bahagian Pentadbiran
Am dan Sumber Manusia (PASMA), Jabatan Ketua Menteri.

Setakat ini,
PSP mempunyai lapan orang pegawai terdiri daripada seorang Ketua Penolong
Pengarah, dua orang Penolong Pengarah, tiga orang Pembantu Pegawai Tadbir dan
dua orang Sukarelawan.

PSP diwujudkan
untuk melaksana dan menyediakan :

·
Khidmat Kaunseling

·
Khidmat Runding

·
Dasar Psikologi

·
Pentadbiran Psikologikal

·
Penyelidikan dan Pembangunan Psikologikal dan Psikpsosial

Matlamat
perkhidmatan kaunseling adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan
kemahiran kepada penjawat awam untuk mengurangkan masalah dan meningkatkan
kualiti kerja melalui aktiviti seperti taklimat, ceramah, seminar, latihan dan
randau.

Seksyen
berkenaan juga memberi khidmat kaunseling kepada pelanggan (klien) untuk
mengatasi masalah peribadi, kerjaya, interpersonal
dan keluarga. Di samping itu, pemantauan dan tindakan susulan turut dilakukan
dengan tujuan membantu klien mengekalkan atau meningkatkan prestasinya bagi
mengelak masalah baru daripada berlaku.

Bagi
mendapatkan khidmat kaunseling di PSP, klien perlu mengadakan temujanji sama
ada dengan :

·
Datang sendiri ke pejabat PSP

·
Melalui panggilan telefon atau faks

·
Melalui e-mel

·
Menghantar surat ke pejabat PSP

·
Menemui Pegawai Kaunseling di jabatan atau agensi tempat
klien berkhidmat

Perkhidmatan
yang disediakan oleh PSP dikendalikan oleh pegawai yang terlatih dan
berpengalaman bagi memastikan tahap perkhidmatan yang terbaik untuk kliennya.

Para pegawai
PSP juga sentiasa berusaha memastikan tahap kepercayaan klien sentiasa berada
pada tahap tertinggi. Bagi mencapai tujuan itu, hubungan yang cuba dibentuk
adalah dengan :

·
Menghormati integriti dan kebajikan
klien, sama ada klien dibantu secara individu atau berkelompok

·
Hubungan kaunseling dan maklumat yang
diperoleh daripadanya mestilah dirahsiakan, kecuali jika keadaan klien
menunjukkan tanda-tanda yang membahayakan klien atau orang lain

· Mendapat persetujuan yang sesuai
daripada klien apabila menyampaikan hal-hal yang berkaitan dengan klien kepada
pihak ketiga

·
Berusaha memahami dan menghormati
latar belakang Sosio-Budaya klien

·
Bertanggungjawab melindungi klien
daripada ancaman fizikal atau trauma psikologi

· Tidak boleh menyalahgunakan
kedudukannya untuk memenuhi kepentingan emosi, seksual atau kewangannya

· Tidak boleh mengamal atau menggalakkan
diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan
fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun

· Menggalak dan membentuk pemahaman
kendiri serta memupuk perkembangan tingkah laku bertanggungjawab klien

·
Menghormati privasi klien dalam
sesi-sesi kaunseling

Setakat ini, PSP telah mengadakan beberapa siri aktiviti turun padang
dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran kakitangan awam tentang kepentingan
kaunseling dan kewujudan perkhidmatan yang disediakan.

Melalui usaha berkenaan, PSP amat
berharap agar para penjawat awam dapat memanfaatkan perkhidmatan kaunseling
yang ada demi kebaikan mereka sendiri dan organisasi tempat mereka berkhidmat.

Istilah
‘kaunseling’ menurut takrifan Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKEMA) ialah
‘suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi
yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan,
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara
sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling’
.

Alamat PSP

Ketua Penolong
Pengarah,
Seksyen Perkhidmatan Sokongan Pekerja,
Tingkat 11, Wisma Bapa
Malaysia,
93502 Petra Jaya, Kuching
Tel:
082-492230/2250/2218/2219

Faks: 082-445618

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article