- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pegawai Kerajaan Diberi Kuasa Tangkap PATI

Must read

Kerajaan
bermula tahun lalu telah memberi kuasa untuk menangkap pendatang asing tanpa
izin (PATI) kepada kira-kira 1,600 orang pegawai kerajaan dalam kumpulan A di
seluruh negara.

Kumpulan
itu termasuk Timbalan Setiausaha Kerajaan, Pegawai Daerah dan Timbalan Pegawai
Daerah yang diberi peranan mengetuai ahli
Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dalam operasi
untuk mengesan
PATI
di kawasan masing-masing.

Selain
mereka, ia juga melibatkan Penghulu atau Penggawa, Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terpilih dan kategori-kategori
lain pegawai yang dikenal pasti boleh melaksanakan tanggungjawab itu bagi
membolehkan pelaksanaannya dibuat secara menyeluruh.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’
Seri Azmi Khalid berkata t
indakan itu bertujuan untuk
membantu
agensi-agensi penguat
kuasa, seperti polis, Jabatan Imigresen, RELA dan pihak Rukun Tetangga dalam
menangani masalah PATI dengan lebih berkesan.

Perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia pada tahun
2005 (sehingga Oktober) menunjukkan terdapat kira-kira 24,562 PATI telah
dihantar pulang ke negara asal dan dianggarkan lebih ramai masih bersembunyi
daripada pengetahuan pihak berkuasa.

Sementara
itu, anggota RELA pula dianggarkan seramai kira-kira 350 ribu orang dan Rukun
Tetangga seramai 50 ribu ahli sehingga Julai tahun lalu di seluruh negara.
Negeri Sarawak mencatatkan keanggotaan
RELA teramai iaitu kira-kira 55 ribu anggota.

Ketika ini tumpuan
hanya untuk kawasan-kawasan hitam yang dikenal pasti menjadi tempat
perlindungan atau persembunyian PATI dan perlantikan tambahan akan dibuat dari
semasa ke semasa.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article