- Advertisement -spot_img
4,771
published news
and counting

Perkhidmatan Berkualiti Keutamaan PNS

Must read

Sebagai salah sebuah organisasi yang sering menerima
kunjungan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan, Pustaka Negeri Sarawak (PNS) sentiasa berusaha memastikan bahawa
perkhidmatan yang disediakan adalah memenuhi kehendak dan keperluan
pelanggannya.

Usaha itu membawa kepada persoalan bagi pihak pengurusan
tentang sejauhmana amalan kualiti diamalkan di dalam organisasi.

Ketika ini, PNS
memberi tumpuan kepada pensijilan MS ISO,
Kumpulan Meningkatkan
Mutu Kerja (KMK) dan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan
Sentiasa Amal).

Daripada
segi pensijilan, PNS telah menetapkan
sasaran untuk dianugerahkan MS ISO 9001:2000 menjelang bulan Julai 2006.

Setakat ini PNS telah pun siap pelaksanaan QMS Tahap
3 dan semua dokumentasi dilaksanakan bermula 1 Februari 2006 dengan mensasarkan
semua perkhidmatan utama PNS
terutama
di Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan serta Perolehan.

Daripada
aspek KMK, PNS telah dua kali menyertai pertandingan KMK Peringkat Negeri
dengan keazaman untuk mencapai kemenangan pada penyertaan akan datang.

Sebagai
persediaan dalam pertandingan yang akan datang, PNS akan terus menambahbaik proses-proses kerja yang sedia ada.

Sungguhpun
demikian, kemenangan bukan matlamat utama penubuhan KMK di PNS. Paling
penting ialah projek-projek KMK yang
diusahakan membantu organisasi mengenalpasti setiap kelemahan yang berlaku dan
meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan.

Pelancaran Program 5S
Peringkat Negeri di semua Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun lalu juga
telah membuka mata semua organisasi kerajaan tentang keberkesanan Program 5S dalam membantu meningkatkan proses
dan produktiviti kerja.

Bagi menyahut cabaran itu, PNS telah mensasarkan untuk mendapat Sijil 5S menjelang tahun 2007. Serentak dengan itu, PNS juga berhasrat untuk menyertai pertandingan 5S pada tahun tersebut.

Usaha ke arah itu
telah dimulakan melalui sesi taklimat serta pemeriksaan 5S dari pihak Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) pada tahun lalu. Kini, usaha 5S semakin membuahkan hasil apabila keadaan pejabat sasaran iaitu
Bahagian Depositori serta Unit Pengurusan Bangunan semakin teratur dan kemas.

PNS berkeyakinan tinggi bahawa semua
sasaran itu akan mampu dicapai dengan kerjasama daripada semua kakitangan tidak
mengira kedudukan dan bahagian. Kejayaan mencapai sasaran pula tidak bermakna
tugas yang diamanahkan telah selesai tetapi akan dilihat sebagai permulaan ke
arah menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article