- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

BPR Sarawak Akan Ada Bangunan Sendiri

Must read

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor dipetik
daripada BERNAMA pada 26 Julai 2006 di Kuching sebagai berkata badan itu kini
sedang dalam proses menambah pengambilan anggota bagi mengisi kira-kira 600
jawatan di agensi itu.

Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas perbarisan tamat latihan penolong penguasa BPR serta
penyampaian kad kuasa dan sijil kursus asas penolong penguasa BPR Siri 2/2006
di Pusat Latihan Polis di Kota Padawan.

Seramai 51 pelatih lelaki dan 37
pelatih wanita berpangkat penolong penguasa tamat menjalani latihan itu yang
diadakan sejak 6 Febuari lepas.

Sehingga kini, pengambilan 300
pelatih terdiri penyiasat, penolong penguasa dan penguasa, telah dilakukan, dan
sebahagian besar yang telah tamat latihan akan diserapkan ke Bahagian Siasatan
manakala sekumpulan kecil diserapkan ke Bahagian Risikan.

Menurut Datuk Seri Zulkipli Mat
Noor, penambahan anggota bagi pejabat cawangan BPR di Kuching, Sibu, Bintulu
dan Miri telah dilakukan kerana bebanan tugas agensi itu semakin meningkat.

BPR Sarawak, katanya, akan turut
mempunyai kompleks bangunan ibu pejabatnya sendiri.

Kerajaan negeri telah menyediakan
tapak seluas 6.1 hektar di Jalan Bako, Petra Jaya, bagi pembinaan ibu pejabat
BPR Sarawak, yang dianggarkan bernilai RM25 juta. Pembinaannya akan dimulakan
tahun depan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article