- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

PM Mahu Kerja Kemasyarakatan Terus Dipergiat

Must read

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dalam ucapan perasmiannya yang dipetik daripada BERNAMA, mahu
semangat suka melakukan kerja kebajikan dan kemasyarakatan bagi membantu
golongan yang memerlukan, seperti orang kurang upaya, disuburkan di kalangan
anggota masyarakat di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika
melancarkan program Nada Nadi Komuniti dan logo baru Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) sempena sambutan ulang tahun ke-60 jabatan berkenaan di di
Bangi, 26 Julai 2006 yang lalu.

Perdana Menteri berkata selaras
dengan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat penyayang, pihak berkenaan perlu
mewujudkan peluang seluas-luasnya kepada mereka yang ingin menjalankan khidmat
secara sukarela itu.

Sementara itu, Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata
program Nada Nadi Komuniti ialah inisiatif pembangunan masyarakat yang
menyaksikan JKM menjadi penggerak utama untuk membangunkan masyarakat
penyayang.

Melalui program itu, kementerian
akan menjadikan kesukarelaan sebagai budaya hidup rakyat Malaysia serta
mewujudkan atau menggerakkan semula Briged Kebajikan Perdana di setiap kawasan
parlimen.

Pusat
sehenti juga akan ditubuhkan bagi menjalankan program dan projek komuniti,
pengumpulan data dan kajian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article