- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Gangguan Kesihatan Mental

Must read

Timbalan
Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dipetik daripada BERNAMA
sebagai berkata tinjauan terakhir pada 1996 menunjukkan 11 peratus
dewasa mengalami kemurungan, kegelisahan dan gangguan psikologi lain
sementara 13 peratus kanak-kanak terjejas.

Peratusan ini berkemungkinan akan meningkat, dan Tinjauan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan Ketiga yang sedang dijalankan akan memberikan
gambaran keadaan sebenar.

"Dilancarkan pada April, tinjauan itu dijangka siap menjelang akhir
tahun ini," katanya pada pelancaran tidak rasmi `Bulan Minda Sihat
2006' di Putrajaya pada hari Selasa (1 Ogos 2006).

Kempen selama sebulan itu anjuran kementerian berkenaan dan Yayasan
Kesihatan Mental akan dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua
Soi Lek di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur pada 10 Ogos.

Dr Abdul Latiff berkata pelbagai cabaran yang berhubung kait dengan
cara hidup moden membawa kepada ramai orang mengalami masalah kesihatan
mental.

Sementara itu, pengarah Hospital Permai Johor Dr Benjamin Chan berkata
semakin ramai warga Malaysia mula mengatasi sikap salah anggap
berhubung usaha mendapatkan bantuan profesional bagi menyelesaikan
masalah itu.

Beliau berkata perkembangan ini berlaku berikutan kesedaran meningkat
serta terdapat banyak fasiliti kerajaan yang membolehkan mereka
berkenaan berbuat demikian.

"Biasanya rakan atau pesakit lain yang memperakukan (rawatan), dan
kerajaan sedang membuka pusat-pusat jauh dari hospital sakit jiwa,"
katanya.

Rancangan sedang dibuat bagi membina Pusat Latihan Kemahiran Minda
Sihat di Ampang, Selangor, dan sebuah fasiliti bagi menempatkan pesakit
mental yang terabai dipanggil Villa Minda Sihat di Jalan Belfield,
Kuala Lumpur.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article