- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Tegur Menegur Untuk Tingkatkan Prestasi Organisasi

Must read

Ketua
Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman dipetik daripada BERNAMA pada
1 Ogos 2006 yang lalu sebagai berkata bahawa amalan tegur-menegur di
kalangan Ketua jabatan dan badan berkanun adalah perlu bagi
meningkatkan prestasi organisasi yang dipimpin mereka.

Beliau berkata tidak semua ketua jabatan tahu menggunakan seni menegur
orang bawahan dan tidak ramai kakitangan bawahan pula berani menegur
jika seseorang ketua itu melakukan kesilapan.

"Kadang kala teguran bukan mudah dibuat sedangkan ia merupakan perkara
wajib dalam organisasi dan kepemimpinan bagi mengingatkan kakitangan
yang terlupa atau tersilap dalam melakukan sesuatu kerja," katanya
ketika merasmikan Hari Kualiti dan Majlis Penganugerahan Universiti
Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article