Tahun ini Bintulu telah dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari
Perkhidmatan Awam (HPA) Peringkat Negeri 2006 yang akan diraikan dari
13 hingga 15 Ogos ini.
Tahun ini Hari Perkhidmatan Awam Negeri bertemakan Effective Service Delivery and Financial Pridence in the Civil Service.Beberapa
aktiviti telah dirancang bagi sambutan tiga hari berkenaan yang antara
lain ialah pada 13 Ogos akan dilaksanakan Larian Kesihatan, Perlawanan
Gof Persahabatan antara Sektor Swasta dan Sektor Awam dan Gotong-royong
MAKSAK di Kampung Penan Muslim Batu 10.
Sementara itu pada 14 dan 15 Ogos pula akan diadakan Hari Bersama Pelanggan Sektor Awam di Dewan Suarah Bintulu.