- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Hutan Penyumbang Penting Kepada Ekonomi Negeri

Must read

Kira-kira 80 peratus daripada 14,449 km
persegi keluasan bumi Sarawak masih diliputi oleh hutan yang menjadikannya negeri paling luas diliputi hutan di
Malaysia.

Kekayaan pelbagai
jenis hasil hutan itu juga telah menjadi penyumbang terbesar iaitu kira-kira 32
peratus daripada keseluruhan hasil negeri Sarawak setiap tahun.

Demikian menurut YB
Datuk Haji Awang Tengah Ali Hassan dalam ucapan perasmiannya bagi memperingati
Hari Perhutanan Sedunia anjuran Sarawak
Forestry Corporation
(SFC) di
Taman Rimba Samajaya baru-baru ini.

Menurutnya, Malaysia disenaraikan di
tempat kesembilan daripada 133 buah negara dalam ranking bagi indeks alam
sekitar sedunia dalam menangani masalah alam sekitar dalam negeri dan global.

Sarawak turut tidak terkecuali dalam
usahanya bagi memastikan pengurusan hutan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Antaranya kemajuan dalam Pengurusan Hutan Mapan (SFM).

Unit Pengurusan Hutan
(FMU) Suling-Selaan, Ulu Baram
merupakan yang pertama menerima pensijilan dari Majlis Pensijilan Kayu Malaysia
pada 2004.

Sementara
syarikat-syarikat kayu lain di Sarawak juga telah bersedia dan sedang
bekerjasama dengan SFC bagi membantu mereka memperoleh pensijilan bagi FMU masing-masing.

Usaha itu adalah
selaras dengan sasaran kerajaan negeri supaya semua FMU memperoleh sijil masing-masing sebelum tahun 2013.

Sambutan Hari
Perhutanan Sedunia kali ini turut menyaksikan penanaman sejumlah 100 batang
pokok yang diketuai oleh Datuk Haji Awang Tengah Ali Hassan bertempat di Taman
Rimba Sama Jaya. Tiga spesis pokok iaitu Meranti, Belian dan Menggris telah
ditanam.

Hari Perhutanan
Sedunia diraikan pada 21 Mac setiap tahun di seluruh dunia bagi memberi peluang
seluruh penghuni di dunia ini memperingati faedah-faedah yang disediakan oleh
hutan-hutan kepada komuniti.

Antaranya sebagai
kawasan tadahan, habitat untuk binatang dan tumbuhan, sebagai kawasan rekreasi,
pendidikan dan kajian saintifik serta sumber bagi produk seperti kayu-kayan.

Di samping itu, ia
juga bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai bagaimana untuk
mengurus hutan dan menggunakannya secara mapan bagi pelbagai tujuan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article