- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kuching High Juara Program Adopt A Tree

Must read

Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Kuching High telah muncul juara dan memenangi hadiah wang
tunai RM1,000 dalam program ‘Adopt A
Tree’
yang dilancarkan pada Hari Perhutanan Sedunia pada tahun 2005.

Sementara itu, SMK Matang
Hilir dan SMB St Joseph masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga serta
memenangi hadiah wang tunai RM750 dan
RM500 masing-masing.

Hadiah telah
disampaikan oleh Datuk Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan
Pengurusan Sumber Kedua dan Menteri Kemudahan Awam kepada Pengetua sekolah yang
berkenaan pada sambutan Hari Perhutanan Sedunia di Taman Rimba Sama Jaya
baru-baru ini.

Program ‘Adopt A Tree’ anjuran Sarawak Forestry Corporation (SFC) melibatkan jangka masa selama satu
tahun. Ia diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai
pemeliharaan alam sekitar kepada orang awam khususnya di kalangan pelajar
sekolah.

Sebanyak 12 buah sekolah di sekitar
Bandar Raya Kuching telah dipilih menyertai program itu yang dilancarkan pada
21 Mac 2005.

Sekolah itu ialah SMK
Matang Hilir, SMK Kuching High, SMB St. Joseph, SMK Semerah Padi, Kolej DPAH
Abdillah, SMK Tun Ahmad Zaidi Adruce, SMK Batu Lintang, SM Sains Kuching, SMK
St Thomas, SMK Petra Jaya, SMK Siburan dan SMK Sg Tapang.

Semua sekolah berkenaan juga merupakan
sekolah yang menyertai program pendidikan alam sekitar anjuran SFC sebelum ini yang dikenali sebagai ‘NATURE ‘n U’ yang dilancarkan pada
2003.

Setiap sekolah telah
diagihkan 20 anak pokok ru, 1kg batu fosfat, 5kg baja dan satu trip tanah
daripada SFC.

Penilaian sebanyak
tiga kali telah dilaksanakan. Ia mengambil kira empat kriteria iaitu
pertumbuhan dan kesihatan pokok (30%), kreativiti dan usaha (20%), lanskap keseluruhan
(20%) dan penyertaan dan kesedaran pelajar (30%).

Semua sekolah telah
menunjukkan usaha yang amat menggalakkan dan persaingan yang
amat sengit.

Program itu bukan
sahaja berjaya meningkatkan kesedaran dan penglibatan pelajar, malah usaha mendokumentasikan
usaha mereka termasuk tindakan serta kajian yang dibuat untuk menangani
pokok-pokok yang bermasalah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article