- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Makan Ikan Untuk Kekal sihat

Must read

IKAN penyumbang utama protein untuk badan
manusia. Ia membekalkan 60 hingga 70 peratus protein haiwan kepada manusia.

Protein penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan semua anggota badan dan berfungsi membina tisu, kulit, rambut,
kuku dan organ dalaman termasuk otak serta jantung.

Pada 1995, kadar pengambilan ikan di Malaysia
ialah sebanyak 39.1 peratus dan dijangka meningkat 56 peratus menjelang 2010.

Protein digunakan sebagai sumber haba dan
tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi.

Kandungan protein dalam isi ikan berbeza
mengikut corak pemakanan, jantina, umur, kandungan lemak dan air di
persekitaran.

Ikan yang kurang berlemak mengandungi protein
lebih tinggi berbanding ikan berlemak dan ia menyimpan lemak di dalam hati.
Ikan siakap, kerisi, merah, kerapu dan jenahak dikategorikan sebagai kurang
berlemak.

Ikan yang berlemak pula ialah ikan yang
menyimpan lemak dalam tisu badan yang lain. Ikan pelagik seperti kembung,
cencaru, bawal, tenggiri dan selar kuning adalah antara jenis ikan berlemak.

Selain membekalkan protein, ikan mengandungi
nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral. Kandungan lemak kalori
dalam ikan juga adalah rendah. Kesedaran mengenai kaitan antara diet dan
kesihatan menyebabkan pengguna lebih mengambil makanan kesihatan berasakan
ikan.

Kajian menunjukkan ada kaitan antara diet
yang mengandungi ikan dengan penurunan paras kolesterol darah, mencegah
penyakit jantung dan kanser, selain menggalakkan perkembangan otak bayi.

Maka tidak hairan masyarakat Norway antara
pengguna ikan yang banyak di dunia menggunakan slogan ‘Makan Ikan untuk Kekal
Sihat’.

Sumber :
Info Sihat; Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article