Anda mengalamai masalah sakit kepala,tertekan
atau sering rasa mengantuk? Tahukah anda warna mampu menyelesaikan masalah itu?
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA – WARNA MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu
untuk mengurangkan rasa sakit kepala.oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan
tuala lembab berwarna merah di atas mata anda.ia mampu meningkatkan peredaran
dan melonjakkan adrenalin.
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA – WARNA
BIRU
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda
kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan
ianya dapat mengurangkan tekanan darah.cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan
anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.
ELAKKAN INSOMNIA – WARNA MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur
yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur
anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan
suasana santai dan selesa.
CERIAKAN MOOD ANDA – WARNA JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan
tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga.
LENYAPKAN KELETIHAN – WARNA HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini
mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan
suasana harmoni dalam badan.
Sumber :
Info Sihat; Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia