- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Berbudi Pada Tanah

Must read

Siapa kata anda tidak boleh
mendapat pendapatan lumayan dengan melibatkan diri dalam sektor pertanian.
Tanggapan mengenai sektor pertanian suatu masa dahulu yang dikaitkan dengan
usaha yang kurang menguntungkan ternyata meleset melihat kepada kejayaan
peserta yang mengikuti program Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu atau Integrated Agricultural Development Project
(IADP)
di Kalaka-Saribas.

Junaidi Haji Ajis, salah
seorang pesertanya telah menikmati usaha penat-lelahnya apabila berjaya
mendapat jualan mencecah RM18,000 semusim pada tahun lepas hasil daripada
penanaman tembikainya.

“Ketika itu, keseluruhan
hasil yang terjual adalah sebanyak 25 tan dengan harga sebiji buah tembikai
sekitar 60 ke 80 sen.”, jelas peserta dari Kampung Kabong ini.

Dia
yang hanya mengusahakan tanah seluas 3.24 ha (8 ekar) untuk tujuan tersebut
kini menunggu musim kedua untuk menuai hasil tanaman tembikainya.

Malah
menurutnya lagi, dengan amalan pertanian yang sistematik beliau berjaya mencapai tiga (3) kali tuaian dalam setahun pada
tahun lepas dan yakin dapat meningkatkan sasaran ke empat (4) kali tuaian pada
tahun ini (2006).

Mengenai
pasaran, menurutnya dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah untuk
memasarkan buah tembikai kerana terdapat pemborong tetap dari Sarikei yang akan
datang ke kebunnya

Kejayaan program ini turut
dirasai Omar Bin Mohd dari Kampung Alit yang membangunkan seluas 10 ekar tanah
untuk tanaman nanas. Menariknya mengenai Omar, dia membahagikan setiap 0.81 ha
(dua ekar) tanah untuk diuruskan oleh anaknya, Latifah, Masagus, Mahathir dan
menantunya, Maslawati Mahdi.

Tindakan
demikian menurut Omar dilakukan agar dapat memberikan lebih tumpuan kepada
penjagaan dan kualiti nanas.

Menurut
anaknya, Masagus, 30, dengan hanya menjual sulur nanas sahaja, dia boleh
memperoleh pendapatan RM70,000 (jualan pertama) dan RM40,000 (jualan kedua).

Katanya, itu tidak
termasuk, hasil jualan daripada nanas RM 7,000 hingga RM10,000 (daripada
keluasan tanah 0.81 ha (dua ekar).

Abu Samad Bin Jeli, dari
Kampung Nyabor, antara peserta skim penanaman mangga turut mempunyai kisah
kejayaannya sendiri.

Kini, Abu Samad boleh berbangga apabila memperolehi hasil lumayan
kira-kira RM20,000 untuk satu musim, iaitu
hasil pertamanya pada Julai tahun lepas (2005)

“Kira-kira 4,000 kg
diperolehi dengan purata RM5 sekilo pada tahun lepas,” jelas Abu Samad yang
mula menyertai skim tersebut sekitar tahun 2002.

Jelas Abu Samad lagi, cuma
seluas 1.62 ha (empat ekar) tanah diperuntukkan bagi skim tersebut yang
dahulunya adalah bekas kawasan tanaman jagung.

Dia berterima kasih dengan
sokongan IADP Kalaka-Saribas yang
membantunya pada awal penglibatannya dalam program ini .

Demikianlah
perubahan sosio-ekonomi yang dapat disaksikan di kalangan peserta yang mula
menyertai skim penanaman buah-buahan melalui IADP Kalaka-Saribas sejak empat (4) tahun yang lepas.

Konsep IADP
ialah menumpukan pemusatan segala usaha perancangan dan perlaksanaan
aktiviti-aktiviti pertanian bagi sesuatu kawasan sedia-ada atau in-situ, yang
mengutamakan integrasi segala usaha dan aktiviti pelbagai jabatan/agensi yang
berkaitan di bawah dan di luar Kementerian Pertanian Malaysia.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article