- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Hari Keluarga RANDO 2006

Must read

Artikel sumbangan
Jeffrey Jalong, RANDO Bintulu


Sambutan serta minat untuk turut serta yang ditunjukkan oleh ahli-ahli
kelab RANDO pada kali ini amat menggalakkan. Mana tidaknya, pada perkiraan awal
setelah borang penyertaan dikembalikan, seramai 186 ahli keluarga kelab akan
turut serta!

Hari Keluarga RANDO pada pada 18 Mac 2006 lalu dimulakan dengan nyanyian
lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu Ibu Pertiwiku. Acara seterusnya ialah
acara senorobik dipimpin oleh Pemangku Pegawai Daerah Tatau, Encik Michael
Ronnie Langgong.

Sambutan peserta dalam sesi senamrobik tersebut memang sporting.
Baik Tuan Residen, para Penghulu/ anak-anak kecil serta ibu-bapa masing-masing
semua turut serta dengan penuh rasa gembira. Encik Michael Ronnie dan pasukan
juru tunjuknya pula memang hebat! bergaya dan cool. Anak-anak yang turut
serta dalam sesi ini apa lagi, seronok berul! Walaupun sesetangahnya masih
kekok dengan teknik senamrobik namun penyertaan mereka begitu memuaskan.

Pelbagai aktiviti dan acara Sukaneka yang menarik telah disediakan oleh
pihak urusetia sukaneka yang diketuai oleh saudara Ahim, Zul dan Awg. Omar.

Antara acara sukaneka yang telah diatur ialah seperti kumpulan terpanjang,
kerusi muzik, menjaring bola jaring, meletop belon, mengisi air dalam botol,
timang bola tampar, cipta objek dari surat khabar, mumia, tugu belon, passing gelang getah, passing message, bahasa isyarat, dan
pertukaran hadiah. Sesungguhnya kesemua acara ini amat menarik dan sepanjang
pelaksanaannya para peserta ahli kelab yang terlibat begitu gembira dan
bersemangat!

Kepelbagaian aktiviti yang sesuai dengan cita rasa golongan dewasa dan
kanak-kanak menjadikan aturcara program sepanjang hari keluarga kelab yang baru
lalu amat mengembirakan dan menceriakan.

Selain daripada acara sukaneka, acara berkaraoke turut dipertandingkan yang
diketuai oleh Saudara Mahmud Bin Yunus.

Ada banyak peristiwa menarik yang telah berlaku sepanjang penganjuran Hari
Keluarga Kelab RANDO Bintulu 2006 yang lalu. Sebahagiannya tidak dapat
dimuatkan dalam laopran ini.

Yang pasti ialah setiap detik kejayaan dan kegembiraan yang berlaku
sepanjang berlangsungnya sambutan Hari Keluarga Kelab RANDO Bintulu 2006 adalah
hasil kerjasama dan kesungguhan setiap ahli Jawatankuasa serta semua ahli
keluarga Kelab. Tanpa sokongan dan kerjasama dan persefahaman ahli-ahli kelab
dalam melaksanakan tugas dan tanggugnjawab mereka, kepuasan berhari keluarga
pada tahun ini, 2006 tidak akan dapat dikecapi. Panjang umur, tahun 2007 kita
berjumpa lagi!

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article