- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Kerepek Mangga

Must read

Pernahkah anda menikmati kerepek yang diperbuat daripada buah mangga ? Sedikit masa lagi, anda bukan sahaja boleh merasai kerepek daripada buah mangga malah buah-buahan lain seperti nangka, rambutan, durian dan nanas.

Perkembangan terkini tersebut adalah atas inisiatif Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu atau Integrated Agricultural Development Project (IADP) Kalaka-Saribas yang akan melatih para peserta di bawah skim penanaman buah-buahan untuk turut serta dalam kursus pemprosesan makanan yang akan dilaksanakan pertengahan tahun ini (2006)

Menurut Ellis Ak Jeluni, Pembantu Pertanian IADP yang juga akan menyelia kursus berkenaan berkata usaha ini dilaksanakan bagi meningkatkan “nilai tambah” hasil pertanian di kawasan skim IADP.

Buat permulaan, pihaknya akan melatih seramai 10 ke 20 orang peserta bagi setiap kursus yang akan diadakan di Depo Alit.

Peserta jelasnya, akan dilatih supaya mahir menggunakan mesin “vacuum frying” dengan beberapa kaedah yang bersesuaian.

Katanya, penekanan mengenai teknik serta cara yang betul akan diberi keutamaan di dalam kursus nanti bagi menjamin kualiti produk tersebut berada pada tahap tinggi.

Jelas Ellis, projek membuat kerepek daripada buah-buahan tersebut dipilih setelah beberapa penelitian dibuat yang mendapati bahawa tidak ramai mengusahakan pemprosesan kerepek daripada buah-buahan tersebut di negeri ini yang seterusnya menjadikannya “unik”.

Selain itu, pihaknya mendapati bahawa buah-buahan tersebut yang kaya dengan kandungan serat sebanyak 80% berpotensi untuk dikomersilkan.

Projek tersebut menurutnya dijangka dapat meningkatkan sosio-ekonomi di samping mempelbagai sumber pendapatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article