- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perkhidmatan Haemodialisis di Hospital Saratok

Must read


Kesukaran mendapatkan rawatan haemodialisis kini tidak lagi dihadapi
oleh penduduk di daerah Saratok kerana perkhidmatan tersebut kini boleh
didapati di hospital di daerah berkenaan.

Perkhidmatan haemodialisis yang mula beroperasi pada September tahun
lepas (2005) ternyata dapat mengurangkan beban dan kos tinggi yang
perlu ditanggung oleh pesakit.

Menurut Robin Ak Koyong, pembantu perubatan kanan di Unit
Haemodialisis, Hospital Saratok pengwujudan perkhidmatan ini kena pada
masanya, memandangkan pesakit tidak lagi perlu mendapatkan rawatan di
hospital yang agak jauh.

Katanya, sebelum ini pesakit terpaksa berulang-alik sama ada ke Hospital Kuching atau Sibu untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Perkhidmatan ini, jelas Robin diharap dapat sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan kepada pesakit mendapatkan rawatan.

Walaupun masih baru dilaksanakan dan kebanyakan pengguna belum
mengetahui mengenainya, namun beliau yakin ramai pesakit akan
memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan ini.

Sebagai permulaan, unit ini dibekalkan dengan empat (4) buah mesin yang
dapat digunakan oleh tiga (3) orang pesakit pada satu-satu masa.

Menurut beliau, sehingga penghujung bulan Mac 2006, mereka telah
menerima seramai enam (6) orang pesakit yang telah menggunakan
perkhidmatan ini.

Antara kemudahan lain disediakan di sini, katanya dua (2) buah bilik
khas disediakan untuk pesakit hepatitis B dan C yang secara tidak
langsung dapat memberi keselesaan kepada pesakit berkenaan menjalani
rawatan haemodialisis.

Unit Haemodialisis adalah unit terbaru yang diwujudkan di Hospital
Saratok daripada 13 unit yang lain bagi memenuhi keperluan pesakit
berkenaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article