- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Tangani Aduan Dengan Segera

Must read

Dari semasa ke semasa
Perkhidmatan Awam akan menerima pelbagai aduan. Ada yang berbentuk mengkritik
dan ada juga yang membina. Apapun jenisnya, setiap aduan perlu ditangani dengan
segera.

Sebarang kelewatan dalam
memberi tindak balas akan menjejaskan imej perkhidmatan awam yang boleh memberi
persepsi kurang efisien dan tidak efektif.

Setiap aduan hendaklah
diberi keutamaan malah bagi kes-kes tertentu yang memerlukan penyiasatan
lanjut, Ketua Jabatan hendaklah bertindak memainkan peranan mereka dengan
mengarahkan pegawai tertentu untuk menyelesaikan aduan tersebut dengan segera.

Setiausaha Kerajaan Negeri,
YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain pernah menyatakan :
“Peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan awam malah imej perkhidmatan awam
negeri turut dipengaruhi bagaimana kita
menangani sebarang aduan daripada orang awam”

Penyelesaian yang pantas
dan berkesan, tambah beliau lagi bukan sahaja mengurangkan masalah tersebut
daripada terus berulang malah dapat mengurangkan karenah birokrasi.

Kerajaan negeri, jelas
beliau prihatin terhadap kehendak pelanggan yang semakin meningkat dengan
mengambil inisiatif menyediakan platform pengaduan awamnya sendiri melalui
Sistem Pemusatan Pengurusan Talikhidmat (CTMS).

Sehubungan itu, bagi
memastikannya berupaya bertindak sebagai Pusat Aduan Setempat yang berkesan
kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan dan kementerian yang berkenaan
diperlukan.

Selain
Talikhidmat menurut beliau, prestasi perkhidmatan awam negeri turut dipantau
oleh Biro Pengaduan Awam (di bawah Jabatan Perdana Menteri), yang menjadi
antara platform menyalurkan aduan.

Berdasarkan statistik
Talikhidmat, medium komunikasi seperti telefon masih lagi merupakan saluran
pilihan utama pengguna Talikhidmat iaitu dengan 80 peratus, diikuti 18 peratus
internet dan 2 peratus melalui e-mel.

Talikhidmat diuruskan oleh
Unit Perhubungan Awam dan Korporat, Jabatan Ketua Menteri. Sebarang aduan boleh
dibuat dengan melayari laman web di http://www.myonestopsarawak.com.my/services/index-public-talikhidmat.html.
CTMS turut menyediakan talian di
082-555999 atau melalui faksimili 082-555888 atau melalui emel di 555999@sarawaknet.gov.my

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article