- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Matahari dan Benak Johan

Must read

Kumpulan Matahari 4 dari Jabatan Penjara Miri telah
dinobatkan sebagai Johan KMK Sektor Awam 2006 bagi kategori pengurusan.

Sementara
itu, KMK Benak dari Jabatan Pengairan dan Saliran Sri Aman pula diumumkan
sebagai johan kategori teknikal.

Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK), YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato haji Husain telah
menyampaikan anugerah berkenaan pada satu majlis di Kuching 9 Ogos yang lalu.

Pada
majlis berkenaan juga, fasilitator bagi KMK Matahari 4, En. Walace ak Nawon dan
fasilitator KMK Benak, En. Allen Sim telah dianugerahkan sebagai fasilitator
terbaik bagi kategori masing-masing.

Sementara
itu KMK Sinergi dari Jabatan Kastam DiRaja Sibu dan KMK MyQ dari Pustaka Negeri
Sarawak, Miri diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kategori
pengurusan.

KMK Puteri
Sejinjang dari Jabatan Perikanan Laut Sarawak pula memenangi tempat kedua bagi
kategori teknikal manakala KMK Belian dari Universiti Teknologi Mara, Kampus
Samarahan pula di tempat ketiga bagi kategori yang sama.

Konvensyen
KMK Sektor Awam Peringkat Negeri 2006 kali ini disertai oleh 18 KMK yang
berlangsung dari 8 hingga 9 Ogos 2006 di Kuching.

YB Datuk
Amar Haji Abdul Aziz dalam ucapan pada Majlis Penutupan dan Penyampaian
Anugerah berkenaan menyatakan KMK adalah salah satu daripada kaedah yang boleh
digunakan oleh penjawat awam untuk menambahbaik proses dan prosedur kerja di
organisasi masing-masing.

Dalam masa
yang sama beliau juga menggesa semua ketua jabatan agar memberikan sokongan
padu dan komitmen penuh kepada penubuhan dan pertumbuhan KMK di organisasi
masing-masing yang mana dengan pelaksanaan projek-projek KMK di organisasi
terlibat, ianya akan dapat membantu meningkatkan imej organisasi, meningkatkan
kepuasan hati pelanggan, mewujudkan proses kerja yang mesra pelanggan,
mengurangkan aduan dan rungutan pelanggan, menjimatkan kos dan masa dan
seterusnya mencapai objektif, misi serta misi organisasi masing-masing.

Dalam masa
yang sama YB SUK turut menekankan akan betapa perlunya dan sudah tiba masanya
semua organisasi perkhidmatan awam mengimbas kembali akan pendekatan TQM (Total Quality Management) yang
digunapakai sekarang agar pendekatan ini dapat diterapkan semula ke semua
peringkat organisasi yang akhirnya akan menjadi penggerak kepada pelaksanaan
inisiatif-inisiatif kualiti yang lain.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article