- Advertisement -spot_img
4,771
published news
and counting

Kira-kira 10,615 isi rumah di Sarawak Miskin Tegar

Must read

Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin
mendedahkan bahawa kira-kira 1.5 peratus atau 77,248 isi rumah di
negara ini masih tergolong dalam kategori kemiskinan tegar.

  • Jumlah isi
    rumah dalam kategori kemiskinan tegar itu membabitkan tiga kumpulan
    rakyat iaitu golongan pasif miskin tegar yang mempunyai upaya untuk
    keluar daripada kemiskinan tegar (48,134)
  • warga emas yang berumur 60 tahun ke atas (19,672) dan
  • golongan orang kurang upaya (9,442)

"Kerajaan berharap
dan mensasarkan menjelang tahun 2010 tiada lagi kemiskinan tegar,
manakala kadar kemiskinan disasarkan pada 2.8 peratus," katanya kepada
pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri
Luar Bandar dan Wilayah bersama Exco-exco Luar Bandar di Kuching pada
15 Ogos 2006 yang lalu.

Beliau turut mendedahkan bahawa pada masa ini terdapat enam buah negeri
yang mempunyai jumlah kemiskinan tegar lebih daripada 1,000 isi rumah
iaitu di Sabah, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Kedah dan Perak.
Beliau berkata jumlah kemiskinan tegar di Sarawak ialah 10,165 isi rumah.

Golongan yang dikategorikan dalam kemiskinan tegar ialah mereka yang
mempunyai pendapatan purata sebulan tidak melebihi RM416 di
Semenanjung, RM520 di Sabah dan RM482 di Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article